Nasional

Bawa isteri dalam pantang naik bukit untuk selamat diri dari banjir

DEMI menyelamatkan diri daripada banjir seorang suami nekad membawa isteri yang masih dalam pantang dan dua anak mereka yang berusia sebulan dan lima tahun naik ke atas bukit apabila rumah yang diami mula dinaiki air.

Menurut Lovenus Gengai, 37, menyedari rumah mereka di Kampung Kibabaig, Penampang mula dimasuki air pada 2.30 pagi kelmarin dia segera mengejutkan isteri serta anak supaya bersiap untuk pindah.

“Saya terjaga daripada tidur apabila merasakan air terkena tilam dan segera mengejutkan isteri dan anak

“Kami mula mendaki bukit kira-kira 4.30 pagi apabila air semakin naik dan berteduh di bawah pondok,” katanya yang kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang seperti yang dipetik dari Harian Metro.

Katanya, pada mulanya dia menyangka banjir akan cepat surut.

Tetapi selepas menunggu di atas bukit selama beberapa jam, akhirnya dia menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan.

“Pasukan penyelamat tiba pada 2 petang untuk membawa kami ke PPS,” katanya.

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button