NasionalParlimen

Bas percuma ke Parlimen, mulai 7 am

PERKHIDMATAN alternatif disediaka untuk memudahkan kalangan mereka yang ada urusan di Parlimen termasuk Ahli-Ahli Parlimen, pegawai kerajaan,  kakitangan Parlimen dan pengamal media.

Bermula hari ini, dua bas kenalian Prasarana disediakan secara percuma untuk kegunaan mereka yang berkenaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini melancarkan perkhidmatan bas perantara percuma antara stesen Kuala Lumpur (KL) Sentral ke Parlimen yang akan beroperasi sepanjang persidangan Dewan Rakyat.

“Kita ingin memulakan perkhidmatan ini sebagai satu perkhidmatan alternatif untuk warga Parlimen datang menggunakan perkhidmatan awam.

“Tujuannya adalah untuk memastikan terdapat satu pengangkutan awam yang sampai terus ke bangunan Parlimen,” katanya semasa pelancaran bas percuma itu di bangunan Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, Loke berkata, bas perantara itu yang bermula hari ini hingga 6 April akan berhenti di tiga stesen bermula dari KL Sentral, Taman Botani dan Parlimen sebagai destinasi terakhir.

Katanya, ia akan beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 8 malam setiap Isnin hingga Jumaat.

“Kita galakkan naik bas ini berikutan sukar mendapatkan tempat parkir di bangunan Parlimen.

“Saya difahamkan setiap hari yang datang ke Parlimen ada 2,000 kereta. Ini memberi kesan kepada warga media dan pegawai kerajaan yang bertugas di Parlimen,” katanya.

Loke berkata, bas percuma ini memudahkan mereka yang ada urusan rasmi di Parlimen untuk ke bangunan Parlimen. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button