Luar Negara

Bas bertembung lori: 11 rentung, 8 parah

SEKURANG-KURANGNYA 11 orang rentung manakala lapan lagi parah selepas sebuah bas bertembung dengan lori di Rajasthan, India.

Nahas berlaku semalam di lebuh raya yang menghubungkan daerah Barmer dengan Jodhpur, bandar kedua terbesar di negeri itu.

Video yang tular di media sosial turut menunjukkan bas itu dijilat api dan asal tebal menyelubungi lokasi kejadian.

“Seramai 10 penumpang ditemukan rentung manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital,” kata seorang pegawai polis kepada media tempatan.

Mangsa yang cedera dihantar ke Jodhpur untuk menerima rawatan.

Kecuaian dan keadaan jalan raya tidak sempurna sering dikatakan menjadi punca nahas jalan raya di India.

Tahun lalu India mencatatkan sejumlah 354,796 nahas jalan raya yang meragut 133,201 nyawa dan 335,201 lagi cedera, menurut data kerajaan. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button