Nasional

59 kematian baharu Covid-19, Sarawak tertinggi

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 59 kematian Covid-19, daripada jumlah itu, 10 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini ialah 29,486 orang dengan Sarawak mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 12 kes.

Ini diikuti Sabah (11), Perak (lapan), Kedah (lima) manakala Kelantan, Pulau Pinang dan Terengganu (masing-masing empat).

Selangor dan Kuala Lumpur (masing-masing tiga), Johor (dua) serta Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing satu). – SM

(Visited 257 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button