Bantuan ke Sabah: Terima kasih ‘frontliners’ – PM
USAHA menangani Covid-19 dilakukan secara insentif olek Kerajaan Persekutuan sejak pandemik itu merebak dan mencetuskaa gelombang ketiga di Sabah dan seluruh negara.
Menurut Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Mohd. Yassin sehingga hari ini, sebanyak 17 penerbangan membawa bantuan telah dilakukan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia ke Sabah.
Dengan menggunakan pesawat A400M dan C-130H sejumlah 433,886.5 kilogram barangan bantuan telah diterbangkan ke Labuan, Kota Kinabalu dan Tawau.
“Antaranya set peralatan perlindungan diri (PPE), ventilator, jumpsuit, protective coverall, ward screen, procedure trolley, Biological Safety Cabinet, pelitup separuh muka, pelindung muka, pensanitasi tangan serta naskhah al-Quran dan buku doa Darussyifa.
“Penugasan bantuan penerbangan pesawat TUDM ke Sabah dan Sarawak ini telah pun bermula sejak 22 Mac lepas dengan penerbangan lebih kerap kebelakangan ini berikutan peningkatan kes COVID-19 di Sabah,” kata Muhyiddin.
Beliau hari ini meninjau persiapan terakhir misi penghantaran barang-barang keperluan kritikal bagi menangani pandemik COVID-19 ke Sabah dan Sarawak melalui pesawat TUDM di Pangkalan Udara Subang.
Hadir bersama-sama saya, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.
Beliau berpeluang melihat secara dekat pelbagai kelengkapan dan peralatan milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk barangan sumbangan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, agensi kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) dikumpulkan sebelum diterbangkan ke Sabah dan Sarawak.
Muhyiddin turut menzahirkan penghargaan atas khidmat bantuan penerbangan dilakukan TUDM.
Menurutnya, penerbangan tersebut memberi kemudahan kepada banyak pihak khususnya KKM dalam misi menghantar peralatan dan petugas kesihatan ke negeri-negeri tersebut.
Muhyiddin berkata, beliau sangat berbangga dengan kerjasama yang sangat kukuh di antara pelbagai agensi.
Beliau turut merasa sangat insaf melihat pengorbanan wira-wira negara berkorban masa dan tenaga tanpa henti untuk memerangi Covid-19.
“Percayalah, rakyat di seluruh negara amat berterima kasih kepada anggota TUDM, KKM dan petugas barisan hadapan yang lain, atas komitmen yang berterusan dalam usaha memastikan misi memerangi Covid-19 ini berjaya.
“Mereka ini berjuang ‘di perbatasan’ meninggalkan keluarga dan insan tersayang demi tekad untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada virus yang telah meragut banyak nyawa. Pengorbanan anda semua tidak ternilai harganya.
“Terima kasih Frontliners. Anda adalah wira Negara dan kami sangat berbangga dengan anda semua,” kata Muhyiddin.-SM