Ekonomi

Bank Rakyat lancar kempen deposit 7 bulan, 11 bulan

Bank Rakyat melancarkan Kempen 7 bulan dan 11 bulan menerusi Akaun Deposit-i Berjangka (Individu) eksklusif untuk pelanggan sedia ada yang melanggan mana-mana produk atau perkhidmatan Bank.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Rosman Mohamed, kempen yang berlangsung dari 15 Jun hingga 15 November 2020 ini.

Ia bertujuan untuk menghargai pelanggan yang setia melanggan bersama Bank Rakyat dalam keadaan ekonomi global yang kian mencabar ekoran penularan wabak COVID-19.

“Selain membantu merancang kewangan dengan bijak, pelanggan juga boleh meningkatkan potensi keuntungan dalam mendepani kehidupan norma baharu,” ujar Dato’ Rosman lagi.

Pelanggan hanya perlu mendeposit minimum sebanyak RM10,000 dalam Akaun Deposit-i Berjangka dan boleh membuat pilihan untuk meletakkan deposit bagi tempoh 11 bulan dengan kadar keuntungan sebanyak 3.0 peratus setahun atau 2.8 peratus setahun untuk tempoh tujuh bulan.

Keuntungan bagi kempen ini akan dibayar secara bulanan atau selepas tempoh matang, mengikut pilihan pelanggan dan akan dikreditkan ke akaun Akaun Simpanan-i atau Akaun Semasa-i Elektronik (eCA-i) pelanggan.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian tele-Rakyat di 1300-80- 5454 atau kunjungi laman web korporat di www.bankrakyat.com.my atau laman media sosial rasmi Bank Rakyat, @mybankrakyat (Facebook, Instagram dan Twitter). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button