Nasional

Harga RON 97, diesel turun 10 sen

Harga petrol RON97 dan diesel di Semenanjung turun 10 sen bermula esok hingga 23 April ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata harga baharu RON97 di Semenanjung adalah RM3.18 seliter manakala harga diesel RM2.88 seliter.

Harga petrol RON95 pula kekal RM2.05 seliter dan harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal pada harga RM2.15 seliter.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button