Nasional

Komitmen Adham Baba berterusan bendung Covid-19

 

KOMITMEN Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba dalam membendung penularan Covid-19 berterusan biarpun Malaysia kini sudah sampai ke fasa pemulihan.

Malam tadi, beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk meninjau tempat saringan kesihatan bagi penumpang yang tiba dari luar negara.

Terdapat sembilan unit Biological Safety Cabinet (BSC) di KLIA dan empat unit BSC di klia2 disediakan untuk memudah dan mempercepatkan proses ujian Rapid Test Kid (RTK) Antibodi untuk COVID-19.

Dalam tinjauan tersebut, Adham turut menyatakan penghargaan kepada barisan hadapan (frontliners) dan semua agensi yang membantu terutama  Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Jabatan Imigresen, polis, RELA, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)/Kementerian Kesihatan (KKM).

Kadar kesembuhan pandemik Covid-19 di Malaysia paling tinggi di dunia iaitu hampir 86 peratus berbanding kadar dunia, iaitu 46 peratus secara purata.

Ketika ini, Adham selaku menteri kesihatan masih mewartakan tujuh hospital Covid-19 dan kebanyakan hospital hibrid sudah mula selesaikan kes tertangguh.

Sepanjang membendung penularan Covid-19, negara turut menghadapi banyak kes tertangguh yang perlu diselesaikan.

Dalam aspek ini, Kementerian Kesihatan berdepan cabaran baharu untuk menyelesaikan kes tertunggak.

Namun, kementerian dan kerajaan diketuai Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memiliki keyakinan tinggi Malaysia mampu mencapainya seperti Korea Selatan dan New Zealand, ketika China kini merekodkan kes semula yang mungkin berpunca daripada kes import atau virus di kawasan tertentu.

Dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar arus perdana baru-baru ini, Adham berkata: “Kita kini perlu hidup bersama Covid-19 kerana tidak ada pilihan.”

Selaku menteri bertanggungjawab, Adham mengisytiharkan kawasan wabak dan beliau juga mewartakan semua pusat kuarantin dan hospital Covid-19 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Dalam hal ini, beliau turut menyerahkan kuasa kepada agensi lain di bawah akta sama, kepada polis, tentera dan kementerian lain untuk laksana tanggungjawab penguatkuasaan.-SM

(Visited 131 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button