Nasional

Banjir: Semua pihak perlu main peranan segera dalam migitasi bencana

Setiap hujung tahun kejadian banjir antara menjadi kebimbangan masyarakat di negara ini kerana ia mengundang pelbagai situasi membimbangkan dan mencemaskan.

Pakar Geografi yang juga Dekan Fakulti Sains Kemanusian dan Pensyarah, Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Madya Dr Mohd Hairy Ibrahim berkata kesedaran masyarakat sangat penting menghadapi bencana alam yang berlaku berikutan kesannya terhadap kehidupan harian.

Menurut beliau ketidakpedulian dan kurang kesedaran terhadap penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar boleh mengundang kecederaan kepada mereka.

Beliau berkata kadar hujan yang tinggi akan turut memberi kesan kepada manusia sehingga mengakibatkan risiko penyakit bawaan air di antara penyakit berjangkit yang mudah merebak sewaktu dan selepas banjir.

Menurut beliau antara penyakit berjangkit yang mudah merebak sewaktu dan selepas banjir adalah seperti penyakit bawaan air dan makanan,  leptospirosis,  konjunktivitis atau sakit mata serta  demam denggi.

Justeru, katanya, sebagai langkah keselamatan yang perlu diambil ketika banjir, masyarakat perlu sentiasa patuhi arahan daripada pihak berkuasa, berpindah segera ke pusat pemindahan apabila diarahkan, jangan biarkan kanak-kanak bermain air banjir, tutup semua suis utama elektrik, injap utama bekalan air dan gas sebelum meninggalkan rumah, serta sentiasa menjaga keselamatan warga tua, kanak-kanak dan ibu hamil.

“Tindakan segera dalam mitigasi bencana pastinya memerlukan peranan semua pihak bertanggungjawab, agensi keselamatan dan pertubuhan bukan kerajaan  yang berkaitan,” katanya.

Beliau berharap Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd perlu  mengambil tindakan pantas dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan termasuk pengosongan tangki septik kerana dibimbangi berlaku pencemaran boleh menyebabkan masalah penyakit.

Berikutan musim tengkujuh akan tiba tidak lama lagi, Mohd Hairi menyeru masyarakat agar peka dengan perubahan hujan di Malaysia dan perlu bersiap sedia untuk menghadapi hujan yang luar biasa yang berisiko mengakibatkan bencana berlaku.

“Walaupun hujan lebat, ada hari yang sangat panas dan kering dan dari waktu siang hingga malam dan dalam sesetengah kes, ia mungkin mengundang persekitaran suhu yang melampau,” katanya.

Beliau berkata adalah penting untuk masyarakat  mengetahui maklumat dan amaran pihak berkuasa  tentang hujan turun secara luar biasa yang akan memberi kesan terhadap nyawa manusia, harta benda, persekitaran dan aktiviti penduduk.

“Sekiranya masyarakat mengambil maklum, prihatin dan peka dalam memahami situasi persekitaran yang hujan melampau, mereka boleh mendapatkan bacaan hujan dan suhu harian dengan hanya ‘memuat turun aplikasi myCuaca’ dalam telefon pintar,” katanya.

Sistem Amaran banjir di lokasi-lokasi berisiko seharusnya dibangunkan dalam menangani kehilangan nyawa khususnya akibat bencana banjir lumpur.

Menurut Dr Mohd Hairy masyarakat perlu membuat persediaan menghadapi fenomena cuaca hujan dan ribut yang luar biasa kerana sudah ada perubahan ciri monsun yang berlaku dan akan mempengaruhi perubahan iklim di Malaysia.

Keadaan berkenaan, katanya, memerlukan pihak berkuasa dan masyarakat ‘bersiap siaga’ dalam menghadapi situasi bencana peningkatan hujan lebat, banjir kilat dan banjir monsun.

“Kejadian banjir kilat juga akan mudah berlaku apabila suhu hujan mencatat jumlah hujan yang tinggi sekali gus menyebabkan persekitaran terjejas,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button