Nasional

Banjir: Kota Tinggi terputus hubungan, 13 jalan utama ditutup

BANJIR yang melanda Johor semakin dengan Kota Tinggi boleh dikatakan sudah terputus hubungan apabila 13 jalan utama di daerah itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan berikutan dinaiki air antara 0.5 hingga 1.2 meter (m).

Perkara itu disahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor melalui satu kenyataan dan semua 13 laluan itu ditutup sejak pukul 9 pagi tadi.

Laluan-laluan yang terbabit ialah Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran kubu berikutan dinaiki air setinggi satu meter, Jalan Kota Tinggi-Mersing Batu 16 (0.8m) dan Jalan Kota Tinggi-Mersing di RISDA (0.85m).

Jalan lain yang turut ditutup sepenuhnya ialah Jalan Kota Tinggi-Kluang di Arked Mara (0.7m), Jalan Lok Heng/Mawai/Sungai Mas di Jambatan Sungai Semalok (satu meter), Jalan Tai Hong (0.7m) dan Jalan Tai Hong berhampiran kampung (1.1m).

Turut ditutup adalah Jalan Tun Sri Lanang (0.9m), Jalan Semanggar di Jambatan Bandar Kota Tinggi (1.2m), Jalan Mawai Lama (0.6m), Jalan Kampung Kelantan/Kampung Panti (0.6m) dan dua laluan di Jalan Sungai Telor (1.7m dan 1.2m). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button