Banjir, Jakarta Lumpuh
HUJAN yang melanda kawasan Jakarta sejak kelmarin, mengakibatkan banjir tepat hari pertama tahun baru 2020.
Banjir ini mengakibatkan aktiviti bisnes lumpuh kerana berbagai akses lalu lintas terganggu dan bekalan elektrik terputus.
Naib Ketua Dewan Perniagaan Jakarta, Sarman Simanjorang berkata, biasanya ekonomi di Jakarta di awal tahun akan bergairah. Sebab, warga Jakarta akan banyak mengisi liburan ke tempat tarikan pelancongan dan pusat beli belah.
Namun, kejadian banjir ini akan menjejaskan aktiviti ekonomi Jakarta termasuk jalan yang ditenggelami air dan logistik terganggu.
Merdeka.com melaporkan kalangan peniaga menyokong penuh langkah-langkah yang dilakukan Pemerintah Provinsi DKI Jakarta untuk mengatasi permasalahan banjir di Jakarta.
“Ini perlu mendapat perhatian khusus dari pemerintah pusat dan pemerintah daerah Bogor, Bekasi, Depok dan Tangerang kerana permasalahan banjir ini tentu tidak dapat di selesaikan oleh Jakarta sendiri,” jelasnya.
Setakat ini banjir di Jakarta juga telah mengorbankan empat orang mangsa.