BanjirLuar Negara

Banjir di Uttar Pradesh tagih 28 nyawa

Hujan lebat mengorbankan sekurang-kurangnya 28 penduduk di negeri Uttar Pradesh, India dalam masa dua hari.

Banyak daerah termasuk ibu negeri Lucknow, menyaksikan hujan lebat sejak 48 jam lalu, menurut laporan media tempatan pada petang Selasa.

Sekolah di beberapa kawasan ditutup pada Isnin dan Selasa susulan hujan berterusan yang menyebabkan banjir dan menjejaskan kelancaran lalu lintas.

Bahraich, Barabanki dan Goda adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas.

Ketua Menteri Uttar Pradesh Yogi Adityanath mengarahkan pegawai menjalankan kerja-kerja bantuan di daerah yang dilanda banjir. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button