Hiburan

Bangga bercacah di bahu: Penyanyi wanita ini memalukan

ZAMAN dahulu kala, memang anak seni dipandang rendah oleh masyarakat sehingga ke tahap, tidak patut dibuat keturunan. Itulah tampilnya filem Antara Dua Darjat dan dialog-dialog berbunyi penghinaan ke atas anak seni yang digelar artis.

Hari ini, zaman sudah berubah dan golongan artis diterima baik oleh masyarakat. Bahkan diberikan pengiktirafan dan gelaran. Menjadi artis tidak perlu mencari publisiti murahan atau pun melalukan gimik sendu yang mencalarkan imej golongan artis secara keseluruhannya.

Inilah yang dikatakan disebabkan oleh nila setitik, rosak susu sebelanga. Biar apapun alasan yang diberikan oleh artis yang berkenaan, meminta peminat, kononnya, menonton di platform media sosial untuk mengetahui mengapa dia bertindak sedemikian, yang penting di sini ialah impresi pertama yang diberikan olehnya meninggalkan kesan negatif.

Ayat pertama yang keluar dari mulut sesiapa yang melihat penyanyi wanita yang merasakan negara seberang adalah tanah tumpah darahnya, “gila ke apa dia ni? Bercacah bagai.”

Yang kedua, perkataan yang akan keluar dari mulut khalayak, “dah tak ada agama? Nak buat sangat cacah ni di tubuh?”

Yang ketiga, “inilah artis. Tak reti nak jaga maruah.”

Kalau nak tulis yang keempat dan seterusnya, biarlah orang ramai yang memberikan pandangan. Bukannya rasa lega dengan gimik bodoh yang dilakukannya itu.

Artis yang senior lebih bijak dalam mendapatkan publisiti daripada wartawan hiburan dan artis-artis baharu yang perasan dirinya hebat dan popular, disarankan belajar ilmu mendapatkan publisiti secara terhormat daripada artis senior.

Walaupun kisah peribadi yang membabitkan rumah tangga, mereka lebih bijak menjawab soalan daripada dijadikan sebagai bahan publisiti mahupun penulisan.

Dari situ, artis-artis senior boleh memberi tunjuk ajar kepada artis-artis baharu, tidak kiralah kategori penyanyi atau pelakon, biar pandai menempatkan diri di peta publisiti.

Rasanya tidak lucu dengan prank yang dilakukan oleh artis yang bercacah kerana lebih melucukan, ketidak bijaksanaannya dalam mencari perhatian. Attention seekers!

Baby Shima, melakukan prank kononnya dengan bercacah setan di tubuhnya, bahagian bahu!

Golongan yang meminati artis, biarlah bijak memilih artis yang diminati. Tidak ada gunanya meminati artis yang dumb blond! Ramai lagi artis yang berpotensi dan mewarnai pentas seni tanah air secara positif.

Tidak perlulah meminati artis dengan paparan sikap tidak bijaknya itu dengan mengatakan suka terhadap video prank yang dilakukan.

Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan oleh artis dalam mewarnai kanvas seni masing-masing. Kalau penyanyi, carilah dan rakamlah lagu-lagu baharu. Kalau pelakon, carilah job dan berlakonlah dengan lakonan yang mengagumkan penonton tempatan.

Seperkara lagi, penyanyi wanita tak perlulah nak mendedahkan bahu yang tak pernah pergi gym. Lengan tak cantik, dik! – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button