Bandingkan reaksi coronavirus dan denggi, warganet persoal ilmu kedoktoran Dr. Siti Mariah
EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud ‘disekolahkan’ oleh warganet apabila mempersoalkan reaksi masyarakat terhadap wabak maut coronavirus dan penyakit denggi.
Dalam Twitternya, Dr. Siti Mariah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang berkata, rakyat Malaysia menjadi gempar bila tujuh warga China positif coronavirus. Namun masyarakat tidak panik dengan kes denggi dalam negara sebanyak 7,691.
“Kita begitu gempar bila tujuh warga China positif coronavirus dalam negara. Memang kita patut bimbang.
“Tapi jumlah kes terkumpul denggi dalam negara kita ialah 7,691 dan jumlah kematian akibat denggi ialah 14 kes sepanjang empat minggu pertama 2020. Tapi kita tak panik pun relaks je. Kenapa?,” tanya Dr. Mariah.
Bagaimanapun persoalan yang ditimbulkan oleh Ketua Wanita Parti Amanah Negara itu mendapat reaksi pengikut Twitternya.
Mereka mempersoalkan tahap pengetahuan dan ilmu kedotoran Dr. Siti Mariah mengenai coronavirus dan denggi. Dr. Siti Mariah memiliki ijazah sarjana muda perubatan dari Universiti Kaherah, Mesir serta Sarjana Fisiologi dari University of London United Kingdom dan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor dan pernah menjadi doktor perubatan.
“Doktor ke ni? Awat yang teruk sangat buat perbandingan tu? Kalau coronavirus tu macam denggi tak ada la China nak halang rakyat dia keluar negara. Tak ada la negara lain nak sekat rakyat China masuk negara mereka.. Inilah susah kalau doktor berfikiran politik,” komen @ShukranSeman.
“Kalau keresahan rakyat pun doktor nak membangkang, yang nampak lebih kebodohan dari kebijaksanaan. Rakyat mahukan langkah tindakan pencegahan bukan idea kebodohan membangkang. Berkongsilah langkah-langkah yang KKM telah ambil bukan membangkang kerisauan rakyat,” cadang @Jemit6
“Sebab denggi bukan terjangkit antara manusia dengan manusia la. Adoi malulah bila doktor cakap camni. Aku yang kerja tukang sapu pun paham situasi penyakit yang tak sama. Ciss!” beritahu @inderasakti_kl.
“Puan doktor, dengan pengetahuan perubatan saya yang terhad ini, dengi dan coronavirus, yang memang both communicable disease. Tap imide of transmission kedua-duanya adalah berbeza. Dengue vektornya adalah nyamuk. Coronavirus droplets,” beritahu @muhammadeizat.
“Doktor bolehlah buat experiment. Apa kata doktor dan famili duduk sekali dalam sebilik dengan tujuh orang yang positif coronavirus,” cadangn @kilan-dn
“Denggi mana berjangkit. Kalau orang kene denggi dekat Kuantan ada ke merebak sampai Johor. Penyakit berjangkitlah menjadi kerisauan. Risau lagi kalau asyik benarkan orang China masuk Malaysia sesuka hati. Bagi statement nampak macam ada doktor sikitlah,” kata @lukmanzedan.-SM