Nasionalpilihan

Balai polis diserang: Tujuh ditahan reman

Tujuh individu yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram telah direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Jumaat depan (24 Mei).
Perintah reman sehingga Jumaat itu dikeluarkan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsuddin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, di sini, hari ini.
Permohonan reman dibuat bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mereka yang direman melibatkan lima ahli keluarga suspek berumur 19 hingga 62 tahun dan dua orang penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) berumur 22 dan 21 tahun.
Semalam, dua anggota polis Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22 tahun dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24 tahun maut akibat ditembak dan ditetak oleh seorang suspek yang merupakan ahli Jemaah Islamiah.
Mereka akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing di Bidor, Perak dan Gambang Pahang.
Manakala, seorang lagi anggota polis yang cedera akibat tembakan di bahu kiri dan pinggul masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button