Politik

Bakal pengganti Ariff sudah dikenal pasti

KERAJAAN Perikatan Nasional sudah mengenal pasti calon yang akan menggantikan tempat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat,

Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof memberi bayangan individu yang dipilih sebagai Seaker baharu bukan terdiri daripada kalangan ahli Parlimen.

“Saya tak mengatakan siapa bakal penggantinya, yang pasti bakal penggantinya orang yang berkelayakan, orang Malaysia,” katanya selepas majlis penyerahan sijil kontraktor penyiap kepada 39 kontraktor di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kanan Infrastruktur dan Menteri Kerja Raya hanya tersenyum apabila ditanya sama ada calon berkenaan juga dari Sarawak.

Lima hari lalu  Mohamad Ariff mengesahkan telah menerima usul mencadangkan supaya khidmat beliau sebagai Speaker Dewan Rakyat ditamatkan.

Related Articles

Beliau berkata, turut diterima adalah usul mencadangkan supaya khidmat Nga Kor Ming sebagai Timbalan Speaker juga ditamatkan. Kedua-dua mereka dilantik ketika Pakatan Harapan menjadi Kerajaan Persekutuan.

Mohamad Ariff berkata, kedua-dua usul itu diterima mengikut amalan biasa dan selari dengan Peraturan Majlis Mesyuarat serta tanpa berat sebelah.

Sidang Dewan Rakyat akan berlangsung selama 15 hari mulai 13 Julai depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata sesi persidangan yang ditangguhkan selepas sesi pembukaan, akan berlangsung hingga 27 Ogos dengan mengambil kira keadaan semasa terutama wabak Covid-19.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button