Hiburan

Baju Raya 2023 yang paling diperkatakan

Menampilkan 10 selebriti dalam rekaan baju kurung Rizman Ruzaini

ADA satu perasaan luar biasa apabila menyarungkan baju raya daripada jenama Rizman Ruzaini. Aura pereka fesyen terkenal tanah air yang tidak perlu dipertikaikan lagi, yang sentiasa menjadi pilihan utama wanita Malaysia apabila mencari baju raya yang stylish dan berkualiti premium tapi pada harga mampu milik.

Koleksi RR Raya 2023 kali ini mencipta fenomena merentasi kebiasaan apabila menampilkan 10 selebriti berpengaruh tanah air sebagai RR Muses Royalties.  Barisan selebriti yang menjayakan kempen ini ialah Mira Filzah, Erra Fazira, Nabila Huda, Diana Danielle, Amelia Henderson, Marsha Milan, Daiyan Trisha, Nabila Razali, Sharifah Rose dan Natasha Hudson. Apabila ditanya mengapa memilih selebriti ini daripada generasi berbeza, ini jawapan Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin.

“Rizman Ruzaini mempunyai latar pelanggan yang pelbagai daripada segi umur mahupun gaya hidup. Sejajar dengan itu, muses yang dipilih mestilah dapat mewakili setiap pelanggan kami ini, tidak memfokuskan hanya pada satu kumpulan sahaja. Sebab itu kalau dilihat kita ada selebriti senior dan baru dalam kempen ini. Setiap mereka memberi impak berbeza tetapi pada satu objektif yang sama mengajak rakyat Malaysia untuk ‘Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini’.”

Potongan koleksi RR Kurung Printed yang ditampilkan adalah inspirasi daripada Kurung Pahang dan Kurung Kedah. Istimewanya, setiap selebriti mempunyai lebih daripada satu siri rekaan. Sebagai contoh, Mira Filzah mempunyai empat rekaan iaitu RR Mira in Black Gold, RR Mira in Black Silver, Mira in Maroon dan Mira in Cream.

Walaupun koleksi ini menampilkan selebriti sebagai wakilan helaian, tetapi rekaannya praktikal dan sesuai untuk digayakan oleh sesiapa saja dan pada bila-bila masa. Dalam potongan tradisi dengan suntikan lebih segar dan moden.

Setiap helaian RR Kurung Printed dijual pada harga RM399 dengan sediaan saiz daripada XS hingga XXXL.

RR Basic Kurung Dengan 28 Pilihan Warna

Selain RR Printed Kurung yang menampilkan 10 muses, koleksi RR Raya 2023 juga, turut melancarkan RR Basic Kurung yang menyediakan 28 pilihan warna. Persalinan Kurung Pahang ini direka polos, hanya menumpukan pada mainan warna-warna mewah sebagai tarikan utamanya.  Menggunakan material Poly Garbedine, baju kurung ini selesa untuk digayakan sepanjang hari dan memberikan jatuhan kain yang sangat cantik.

Koleksi ini dicipta sebagai memenuhi kehendak dan memudahkan wanita Malaysia yang mahu bergaya sedondon bersama si dia, keluarga atau kawan-kawan dengan semua pilihan warna yang tersedia. Ia juga helaian yang mudah untuk disuaipadankan dengan apa jua aksesori sebagai pelengkap gaya. Dijual pada harga RM299 dari saiz XS hingga XXXL.

RR Printed Kurung dan RR Basic Kurung boleh didapati secara online di website www.rizmanruzaini.my atau melalui pembelian terus dari RR Pop Up Booth yang berada di lokasi utama iaitu Central I-City, Shah Alam (24 Mac – 30 April 2023), Fahrenheit88, Kuala Lumpur (27 Mac – 30 April 2023), Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur (28 Mac – 30 April 2023), Komtar JBCC, Johor Bahru (31 Mac – 30 April 2023) dan Absolut Bazaar, Kuala Lumpur (14 – 17 April 2023). – SM

Artikel berkaitan > Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini, lancar 100 koleksi raya mampu milik!

(Visited 1,111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button