Baggio masih trauma mikrofon tak on semasa AJL 1991
Penyanyi Baggio akui masih trauma dengan insiden mikrofon tidak berfungsi semasa berlangsungnya Anugerah Juara Lagu 1991 (AJL6) di atas pentas.
Oleh itu penyanyi vokalis Damasutra itu, Bahagia Daharun dia perlu sentiasa bersedia dalam situasi sebegitu agar-agar perkara itu tidak terjadi lagi.
“Saya memang tak pernah lupakan peristiwa ketika malam kemuncak Juara Lagu yang berlaku 32 tahun lalu tatkala Damasutra membawakan lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi.
“Memang trauma kerana julung kali buat di pentas langsung sebesar itu berlaku kesilapan teknikal,” katanya di sidang media Konsert Anniversari ke-33 Damasutra ‘The Journey’, di sini, semalam.
Dalam pada itu kumpulan Damansutra bakal mengadakan konsert Anniversari ke-33 ‘Damansutra The Journey’ di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Oktober depan bersempena tiga dekad penubuhan kumpulan itu.
Dalam majlis tersebut turut memperkenalkan pemain gitar baharu bagi menggantikan Allahyarham Alok, iaitu Rizal Wahab. Dalam persembahan yang akan datang Baggio turut mengundang kumpulan Kristal bagi segmen idola.
Harga tiket bagi menyaksikan konsert adalah Rock Zon adalah RM188 (berdiri), Gold RM350 (duduk/Meet & Greet/t-Shirt), manakala Silver RM258 (duduk/merchandise).
Pada masa sama, Ultimate Media Resources ini turut menawarkan tempat duduk bagi VIP box yang berharga RM3,000.
Tiket boleh dibeli menerusi laman www.ubertickets.my .