Sukan

81 pemain berentap kejohanan golf TSMCG ke-13

KUALA LUMPUR: Seramai 81 pemain berentap pada kejohanan Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCG) edisi ke-13 yang berlangsung di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) di sini hari ini.

Daripada jumlah itu, 48 adalah pemain remaja lelaki dan 33 remaja perempuan yang kesemuanya ditampilkan oleh Persatuan Golf Malaysia (MGA) dan Akademi Tunas Bestari (ATB).

Kebanyakan pemain muda yang dibawa MGA adalah pemain negara dan dipilih berdasarkan prestasi tertinggi, dan sebahagian mereka bermain serta belajar atas biaya geran pembangunan golf terutamanya di Amerika Syarikat.

Manakala ATB yang dinaungi TSMCG pula mengetengahkan pemain mereka yang berbakat iaitu Ezzekiel Riz Hafi Suzearitz, 14; Alya Batrisya Shaari, 15; Nur Batrisyia Balqis Abdul Ghani, 14, dan See Wye, 16 tahun. 

Hari pertama kejohanan TSMCG edisi ke-13 ini dimulakan secara serentak (shotgun start) di mana 14 flight bermula lubang satu (first nine) dan 13 flight lagi di lubang 10 (2nd nine).

Semua pemain berentap di lapangan East Course dengan kelajuan green 10.4 stimpmeter.

Untuk rekod, TSMGC sejak edisi sulungnya merupakan platform bagi pemain golf muda amatur bersaing dan membuka peluang ke peringkat antarabangsa.

Terlebih dahulu, sebelum kejohanan bermula, majlis pelancaran TSMCG edisi ke-13 itu telah disempurnakan oleh Presiden TSMCG, Datuk Mustapha Buang sambil disaksikan oleh Pengerusi Kejohanan, Datuk Wan Shalihuddin Wan Ibrahim dan Setiausaha Kehormat MGA, Datuk Zulkifli Ismail.

Keseluruhan hari pertama kejohanan berjalan dengan lancar. Ahli-ahli Pemegang Amanah Majlis Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCG), pegawai-pegawai serta wakil dari Malaysian Golf Assocation (MGA) dan pemain-pemain amatur muda berkumpul untuk menyaksikan perasmian sebelum Tee Off pertama berlaku.

Sebagai simbolik pelancaran, belon-belon dilepaskan Bersama oleh Presiden TSMCG, Dato’ Mustapha Buang dan Pengerusi Kejohanan Dato Wan Shalihuddin ditemani oleh Setiausaha Kehormat MGA Dato’ Zulkifli bin Hj Dato’ Ismail.

Turut hadir memberi sokongan adalah ke semua ahli Pemegang Amanah TSMCG.

Kejohanan kali ini yang diadakan di padang permainan East Course menawarkan pemandangan indah dan cabarannya tersendiri. Kelajuan Grin yang dilaporkan pada hari ini ialah 10.4 oleh KLGCC. Tee Off atau pukulan mula, dilakukan secara selari di Lubang 1 dan Lubang 10. Sebanyak 14 Flight bermula di Lubang 1 dan lagi 13 bermula di Lubang 10, bermula jam 8;30 pagi tadi.

Dato Mustapha Buang, Presiden TSM Charity Golf turut dilihat melawat sekitar ‘course’ bersama Pengerusi Kejohanan, Datuk Wan Shalihuddin memantau tee-off yang berlangsung ketika itu. Mereka turut memberi pandangan, nasihat dan kata-kata semangat.

Hari pertama kejohanan menyaksikan pertandingan yang sengit diantara pemain. Kebanyakkan pemain muda yang dibawa oleh MGA ialah pemain negara, dan dibawa berdasarkan mata tertinggi. Beberapa orang diantarnya bermain dan belajar atas biaya geran pembangunan golf terutamanya di Amerika Syarikat.

TSMCG mengenengahkan pemain mereka, yang mereka cungkil dari Akademi Tunas Bestari, Ezzekiel Riz Hafi Suzearitz (14 tahun), Alya Batrisya Shaari (15 tahun), Nur Batrisyia Balqis Abdul Ghani (14 tahun) dan See Wye (16 tahun).

TSMCG juga mengenengahkan pemain yang mereka cungkil dari Program Akademi Tunas Bestari, Ezzekiel Riz Hafi Suzearitz (14 tahun), Nur Diana Syafikah (14 tahun), and Ngo Yi Belle ( 14 tahun).

    

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button