Bagaimanakah kita boleh bersetuju dengan pemerintahan diktator?
BAGAIMANAKAH kita boleh bersetuju dengan pemerintahan diktator? Pertanyaan itu dilontarkan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad di Twitternya.
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu mendakwa, Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya mahukan mandat untuk dirinya sendiri atas kapasiti peribadi, tiada ikatan dan tiadak komitment terhadap sesiapapun.
“Tun M telah meninggalkan PH apabila PPBM meninggalkan PH. Dia mahu mandat untuk dirinya sendiri dengan kapasiti peribadi, tiada ikatan dan tiada komitmen kepada sesiapa pun. Kuasa penuh.
“Bagaimanakah kita boleh bersetuju dengan pemerintahan diktator?” ciap Khalid di Twitternya.
Jelas beliau, Pakatan Harapan telah melakukan perkara yang betul dengan memilih Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Menurut Khalid, apa yang mereka lakukan mempunyai risiko tetapi ia perlu untuk berhadapan dengan rakyat.
Perdana Menteri interim, Dr Mahathir semalam mencadangkan penubuhan kerajaan yang tidak memihak kepada mana-mana parti.
Dr Mahathir berkata, hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.
“Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang.
“Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.
“Jika diizin inilah yang akan saya cuba,” katanya dalam satu rakaman Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di station televisen utama negara.
Dr Mahathir berkata, situasi politik, orang politik dan parti politik terlalu mengutamakan politik sehingga terlupa negara ketika ini berdepan dan diancam masalah ekonomi dan kesihatan
Sementara itu dalam ciapan yang berlainan, Khalid mengesa Bersatu untuk kembali bersama PH.
Menurut Khalid, Bersatu bahawa adalah sukar untuk mereka menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 tanpa bantuan Pakatan Harapan.
“MP Bersatu menang PRU ke-14 dengan sokongan dan kerja keras jentera PH. Sama ada YB @SyedSaddiq, @Rina, @Mazlee, @MukhirzMahathir dan lain-lain.
“Calon Pas dan UMNO dikalahkan atas sokongan dan pengorbanan jentera dan penyokong PH. Saya mohon mereka kembali ke PH. Mustahil kamu menang tanpa PH,” kata Khalid.-SM