Nasional

Pendakwah Cina sebar Islam guna bahasa Cina bukan tulisan Jawi

PENDAKWAH berketurunan Cina di Malaysia menyebarkan Islam dalam kalangan masyarakat Cina menggunakan bahasa Cina dan bukannya melalui tulisan Jawi.

Justeru pendakwah bebas berketurunan Cina, Firdaus Wong Wai Hung berkata, Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) tidak perlu takut kepada tulisan Jawi.

Menurut Firdaus, Dong Jiao Zong sebenarnya perlu lebih khuatir dengan bahasa Cina kerana golongan Islam berketurunan Cina seperti beliau berdakwah kepada masyarakat Cina menggunakan bahasa dan tulisan Cina.

“Jikalau menggunakan logik mereka (tolak Jawi kerana takut Islamisasi), maka mungkin DJZ perlu pertimbangkan menolak pengajaran bahasa Cina di sekolah vernakular atau dihapuskan terus sekolah vernacular.

“Ini kerana lebih ramai Cina memeluk Islam dengan membaca terjemahan Al-Quran dan risalah serta ceramah berkaitan Islam dalam bahasa Cina!” tegas Firdaus

Pendakwah mualaf itu turut menyenaraikan link ceramahnya berkaitan Islam dalam dialek Kantonis:

  1. Apa Itu Islam > https://youtu.be/YA_OjnEIbFI
  2. Wujudkan Tuhan? > https://youtu.be/r6J-iiJwYsc
  3. Tiga Persoalan Hidup > https://youtu.be/WKrRhhzIbLw
  4. Mencari Tuhan? > https://youtu.be/r1uy3Caby0k
  5. Masuk Islam Masuk Melayu? > https://youtu.be/NJ9LN1Aa46U
  6. Wawancara bersama Sin Chew dalam Mandarin > https://www.youtube.com/playlist…

Sebelum ini Setiausaha Agung Dong Zong, Ng Chai Heng dilaporkan berkata, pendokong sekolah jenis kebangsaan (SJK) menolak pengenalan tulisan Jawi disebabkan “fear factor” atau ketakutan yang dimiliki mereka.

Menurut Chai Heng, komuniti itu khuatir pengenalan Jawi mempunyai unsur Islamisasi yang berupaya mempengaruhi pelajarnya.

“Buku sejarah (di sekolah) jelas menyatakan seni khat itu representasi Islam. Jadi, tak boleh salahkan mereka. Mereka dah didengar begini,” katanya pada ‘Forum Jawi, Saling Memahami’ di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) baru-baru ini.

Sementara itu, Firdaus turut melontarkan persoalan  bagaimana sebuah masyarakat yang dilahirkan, membesar dan membina kekayaan di Malaysia yang majoritinya Muslim boleh takut kepada Islam.

“Apakah mereka ditindas, dibunuh, tidak dibenarkan mengamalkan agama mereka serta membina rumah ibadah sedangkan banyak rumah ibadah haram dibina merata sebagaimana kata Tun Dr. Mahathir!

“Hebatnya pengaruh Islam apabila tiga muka surat pembelajaran Jawi boleh menyebabkan Dong Jiao Zong takut kepada Islamisasi!” kata Firdaus. Menurut Firdaus, ketakutan terhadap Islamisasi sama seperti Islamophobia.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button