Ekonomi

Aziz, Syed Mokhtar gagal temui kata sepakat?

PERSOALAN yang sering ditanya kepada kami bekas para wartawan Utusan Malaysia. Tidak kira sama ada, orang biasa, ahli perniagaan mahupun orang politik ialah bila Utusan akan dibuka semula.

Maklumat dalam kerajaan Pakatan Harapan memberitahu sepatutnya Utusan Malaysia dan Kosmo dilancar semula pada Februari tahun hadapan.

Bagaimanapun realitinya setakat ini tiada sebarang pengumuman dibuat oleh syarikat baharu iaitu Media Mulia yang mengambil alih hak penerbitan jenama berkenaan.

Difahamkan ia berpunca daripada pemilik terdahulu iaitu Datuk Aziz Sheik Fadzir dengan pemilik yang baharu iaitu ahli perniagaan terkenal Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary gagal mencapai persetujuan isu pihak yang perlu menanggung liabiliti .

Situasi itu menyebabkan kakitangan Utusan terus hilang arah tujuan sedangkan sebelum ini dijanjikan sebahagian kecil akan diserap kembali ke dalam syarikat berkenaan.

Utusan sebelum ini telah diisytiharkan digulung tikar secara sukarela berikutan kegagalannya syarikat berusia 80 tahun itu melunaskan hutang-hutangnya.

Aziz yang sepatutnya dibawa masuk oleh UMNO untuk menyelamatkan syarikat warisan Melayu itu, akhirnya menjadi orang yang memacak batu nisan, tidak sampai setahun selepas mengambil alihnya.

(Visited 960 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button