Nasional

Bagaimana dua kanak-kanak boleh jatuh dari tingkat 4?

DUA beradik perempuan yang berusia tiga dan enam tahun terjatuh daripada tingkat empat kuarter guru sebuah sekolah berasrama di Gombak semalam.

Dalam kejadian malang itu, adik yang berumur tiga tahun maut, sementara kakaknya patah tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian itu disedari ibu mangsa yang pulang ke rumah jam 5.30 petang.

Wanita terbabit dibantu jirannya kemudian membawa anaknya ke Hospital Selayang.

“Pada jam 6.02 petang semasa wanita terbabit berada di zon merah, doktor mengesahkan anaknya berusia tiga tahun meninggal dunia manakala kakaknya patah tangan dan kaki.

 

“Siasatan awal mendapati wanita terbabit meninggalkan anaknya bersama suami ketika dia pergi bekerja,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Arifai memberitahu, ketika si ibu pulang dia mendapati kedua-dua anaknya itu terbaring di kawasan lapang tingkat bawah.

“Suaminya memberitahu keluar sebentar meninggalkan anak mereka di dalam rumah.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button