PolitikPRK

Badi kalah 5 PRK terakhir hantui Pakatan Harapan di Chini?

PENASIHAT DAP, Lim Kit Siang; Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah pun `berputih mata’ untuk membangkitkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen, Isnin ini.

Tetapi mereka bertiga memiliki satu lagi peluang dalam memastikan usul itu diterjemahkan.

Caranya menidakkan kemenangan kali keenam Barisan Nasional (BN) berturut-turut yang terbaharu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini, Pahang pada 4 Julai nanti.

Ia sekali gus akan menjadi tamparan buat Perikatan Nasional (PN) disertai BN iaitu gabungan BN-PAS -BERSATU yang kini diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sejak PRK Port Dickson yang memihak PH menutup tirai 2018, PH memasuki 2019 dengan mengalami kekalahan kepada UMNO/BN di kesemua lima daripada enam PRK di Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai dan Kimanis. Kecuali Sandakan yang dipertahankan DAP.

Daripada 10 PRK sejak PRU-14, lima kerusi berjaya dipertahankan oleh PH iaitu PRK DUN Sungai Kandis, DUN Seri Setia, DUN Balakong, Parlimen Port Dickson dan kerusi Parlimen Sandakan.

Tiga PRK lagi iaitu Parlimen Cameron Highlands, DUN Rantau dan terakhir 18 Januari 2020, Kimanis dipertahankan oleh BN.

Kelebihan 2-0 bagaimanapun berpihak kepada BN apabila dua lagi iaitu PRK DUN Semenyih dan Parlimen Tanjung Piai berjaya dirampas kembali oleh BN.

Jika dinilai dari perkembangan momentum 10 PRK sebelum ini yang menyaksikan BN kalah di kesemua empat PRK pada 2018 (Sungai Kandis, Balakong, Seri Setia dan Port Dickson) tetapi pada 2019 dan awal 2020 tempoh hari pembangkang (BN) menang kesemua lima lagi, semasa itu amat jelas isunya adalah `ekonomi perut’ yang benar-benar didambakan rakyat.

Rakyat tempoh hari masih terus menuntut teras-teras utama janji-janji PH dalam manifesto PRU-14 yang lepas. Mereka jelak dengan `analisis-analisis’ hutang negara, projek terbengkalai dan `kes-kes naik turun mahkamah’ yang kelihatan tidak diuruskan `rule of law nya dengan baik’.

Pendedahan sembilan klip rakaman audio berhubung dakwaan konspirasi pecah amanah, salah guna kuasa, serta pemalsuan bahan bukti melibatkan pemimpin kerajaan terdahulu empat tahun lepas (2016) yang tiba-tiba `dihidangkan’ semasa masuk hari kelima kempen PRK Kimanis Januari lalu, kelihatan agak janggal di mata pengundi.

Tahun 2018, PH mahu rakyat `ikat perut’. Rakyat perlu berkorban, kata mereka. Bantuan dipotong atau dimansuhkan. Cukai SST menyebabkan harga barang naik dengan lebih tinggi lagi.

Waktu itu pasaran saham merosot sehingga menjadi paling corot dalam dunia kerana menteri mengatakan `tak reti untuk berhenti berbohong’.

Ramai yang `terbakar’ dan rugi teruk dalam pasaran saham serta unit trust.

Pelabur-pelabur asing berterusan tarik dana mereka keluar negara. Dividen-dividen yang dibayar oleh tabung-tabung Rakyat seperti ASN/ASB dan Tabung Haji juga jatuh kepada paling rendah dalam sejarah.

Harga sawit tidak pulih sehingga timbul jenaka `rakyat disuruh minum sesudu sehari’.

Memasuki 2019, rakyat dihidangkan dengan prestasi merosot sebahagian menteri sehingga membawa peletakan jawatan menteri pendidikan, Dr. Maszlee Malik. Janji-janji PH terus dituntut rakyat.

Di Chini nanti, isu `kerajaan pintu belakang’ atau `mandat rakyat telah dirampas’ pasti akan menjadi agenda PKR, DAP dan Amanah dalam kempen mereka.

Sama ada Dr Mahathir akan turun padang berkempen, masih belum dapat dipastikan.

Di atas kertas, BN dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan kerusi DUN Chini setelah majoriti besar undi diperoleh penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Abu Bakar yang memperoleh 10,027 undi, menang dengan majoriti 4,622 undi menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang memperoleh 5,405 undi, dan calon PKR Mohamad Razali Ithnain yang mendapat 1,065 undi.

Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini berikutan kematian Abu Bakar akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu, ditetapkan pada Sabtu 4 Julai.

Tarikh penamaan calon adalah pada 20 Jun dan pengundian awal pula 30 Jun. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button