NasionalNegeri

Baderulhisham Baharudin pangku tugas Ketua Polis Perlis

Timbalan Ketua Polis, Senior Asisten Komisioner, Baderulhisham Baharudin memangku jawatan sebagai Ketua Polis Perlis berkuat kuasa hari ini.

Baderulhisham menggantikan Datuk Surina Saad yang bersara wajib mulai 26 September ini.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Aidi Ismail menyaksikan serahan tugas ini sebagai mewakili Ketua Polis Negara di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di Kangar hari ini.

Surina menyerahkan tongkat kuasa polis kepada Baderulhisham sambil disaksi Aidi pada majlis serah tugas di Dewan Serbaguna di IPK Perlis, Kangar hari ini.

Aidi pada sidang media melahirkan penghargaan kepada Surina yang berjaya memimpin kontinjen Perlis selama hampir empat tahun di mana kepimpinan ini diterajui oleh satu-satunya wanita yang pernah menjawat sebagai Ketua Polis di negeri ini.

“Beliau juga mampu mengekalkan keamanan dan kekeharmonian dalam kontinjen Perlis,” katanya.

Katanya, Surina juga antara pekerja terbaik kerana mampu mengekang jenayah selain mengadakan banyak program komuniti bagi pencegahan jenayah.

Sementara itu Surina berkata, sebaik mula melangkah memegang jawatan ini beliau terpaksa berdepan dengan insiden tembakan di sempadan dan ia telah berjaya ditangani.

“Saya juga berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pastinya sebagai cabaran baharu kerana ia pertama kali berlaku,” katanya.

Bagaimanapun katanya, Perlis telah berjaya mengawal Covid-19 pada tahap yang memuaskan.

PENGAMAL media bergambar kenangan dengan Surina, Baderulhisham dan Aidi.

Anak kelahiran Perlis ini bercadang akan menghabiskan masa persaraan ini bersama keluarga termasuk menjaga ayahnya.

Surina telah memulakan perkhidmatan dalam pasukan Sang Saka Biru ini mulai Disember 1989 sebaik tamat latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Selepas itu beliau memulakan tugas sebagai pegawai penyiasat kanan jenayah di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Malah Surina juga telah berkhidmat paling lama di cawangan khas.

Beliau yang berkhidmat hampir 34 tahun ini mencatatkan sejarah manis apabila dilantik sebagai Ketua Polis Perlis wanita pertama dan Ketua Polis Perlis pertama dinaikkan pangkat Deputi Komisioner. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button