Hiburan

Baby Shima Payung Muka Budak Taman Pelangi Yang ‘Nakal’

Penyanyi putih gebu dan comel molek, Baby Shima hairan kenapa dirinya sering menjadi mangsa gangguan seksual.

Manakan tidak.. dah nama pun putih gebu dan comel molek, usahkan lelaki bujang, lelaki tua berpangkat datuk pun boleh ternoda.

Namun ternoda macam mana sekali pun, jagalah sikit perangai itu wahai kaum lelaki sekalian dan usah tunjukkan gatal itu secara berlebihan.

Dek kerana geram dan sentiasa menerima mesej berbaur lucah siap ajak main, Baby Shima screenshoot dan tayangkan muka pelaku secara terbuka.

Mungkin dengan harapan biarlah ada orang yang gatal bernafsu kuda atau bertuhankan syaitan menodaikan pelaku tersebut selayaknya.

Kerana dikantoikan Baby Shima, terus pelaku itu menyah aktifkan akaun Instagram miliknya dan dikatakan pelaku masih seorang budak serta merupakan orang Taman Pelangi di Johor.

Ramai mak cik-mak cik yang tidak sukakan Baby Shima mengatakan apa hak Baby Shima menyiarkan muka individu yang mengganggunya.

Sepatutnya simpan sahaja aib budak Taman Pelangi itu agar lebih ramai perempuan yang dicipta putih gebu dan comel molek turut diganggu.

Apa-apa cerita pun, inilah realiti akhir zaman.. kita doakan Baby Shima menutup aurat dan hadiahkanlah aurat itu kepada suami yang sah kelak.

Kepada budak Taman Pelangi itu, satu Bukit Bintang dah kenal kau dik dan apabila ilmu agama semakin hilang, keduniaan menjadi buruan, nafsu menjadi sandaran dan inilah contoh anak bangsa terlupa azab Allah SWT.

Mungkin ini adalah tarbiah Allah SWT secara tidak langsung, ada pelaku yang perlu menjadi contoh awam, dan harapnya orang lain pun takut nak buat.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button