Rencah Hidup

Saya tak tentu tidur sejak lapan bulan – Ustaz Kazim

Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias memohon bantuan untuk mengubati penyakit yang dialaminya sejak lapan bulan lalu yang menyebabkan beliau tidak boleh tidur dan menanggung pelbagai kesakitan

Dalam siarang langung ceramah beliau disiarkan di TikTok Ustaz Kazim berkata beliau terpaksa bersolah bagi menutup wajahnya ditumbuhi beberapa ketulan kecil berwarna hitam yang turut sama ada di seluruh badannya.

“Selama ini saya simpan keadaan diri saya tetapi selepas berusaha mendapatkan rawatan moden dan tradisional selama lapan bulan, saya rasa tidak boleh lagi sembunyikan daripada orang ramai.

‘Ini keadaan wajah saya sekarang dan selama ini saya sembunyikan melalui tampalan apabila muncul di khalayak ramai, bukan hanya di wajah tetapi di seluruh badan dan ia boleh terjadi luka sendiri sehingga mengeluarkan darah tanpa semena-mena.

“Saya tidak boleh siarkan keadaan yang lain kerana saya malu dan rendah diri sangat-sangat, sebab itu saya siarkan lengan sebagai kiasan pada badan saya,” katanya ketika langsung di TikTok pagi ini.

Beliau pasrah dengan dugaan Allah berikan dan menafikan ia adalah sebagai lakonan bagi melariskan sebuah filem yang dibintanginya.

Mengulas lanjut, Ustaz Kazim menceritakan beliau memerlukan bantuan sesiapa sahaja termasuk doktor atau perubatan alternatif untuk merawat penyakit dialaminya itu.

Tambahnya, rasa sakit, gatal dan pedih serta pelbagai perasaan yang terjadi kepada dirinya itu tidak boleh disorok lagi apabila tidurnya turut terganggu sejak berbulan lepas.

Beliau turut bimbang penyakitnya itu akan membuatkan beliau mengundurkan diri daripada berdakwah walaupun masih menerima jemputan ceramah dan program.

“Kadang-kadang saya masuk dan keluar dari tempat ceramah dengan tergesa-gesa kerana tidak dapat menahan kepedihan dan kesakitan yang ditanggung. Walaupun dilabel sombong kerana tidak beramah mesra dengan pendengar seperti dulu, saya tabahkan hati sebab saya tahu ramai tidak tahu keadaan sebenar saya.

“Terima kasih menawarkan bantuan dan nasihat kepada saya, saya telah berusaha berubat di banyak tempat tetapi belum diberi keizinan oleh Allah SWT. Mungkin ada dalam kalangan tuan dan puan yang boleh membantu saya.

“Saya juga memohon maaf jika selama ini perkataan dan tingkah laku saya mengguris hati anda,” ujarnya.

(Visited 533 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button