Politik

Azmin, Zuraida sedia dipecat, Saifuddin tak ada pengikut

TIMBALAN Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa bersedia untuk dipecat dan dikenakan tindakan demi parti atas alasan mereka berdua ikhlas mahu membawa parti itu ke landasan yang betul.

Dakwaan tersebut diucapkan Zuraida di hadapan lebih 5,000 hadirin di Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di ibu negara malam tadi.

Zuraida dalam ucapannya juga berkata beliau berharap supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim berubah dan menggunakan kebijaksanaannya untuk meletakkan parti pada landasan yang betul dan kukuh.

“Saya tahu ucapan saya malam ini sedang direkodkan di sini dan saya mahu presiden dengar. Siapa yang nak disalahkan atas segala situasi teruk yang tercetus dalam parti ketika ini.

“Presiden merasakan PKR sangat gah dan hebat dengan 50 ahli Parlimen yang dimilikinya tapi pengurusan parti dari atas ke bawah sudah carca marba.

“Saya telah menjalankan tanggungjawabnya menegur pemimpin partinya daripada melakukan perkara-perkara yang mengaibkan yang tidak boleh diceritakan secara terbuka dan saya tidak mahu dipersoal di akhirat nanti apabila kamu tahu tapi masih biarkan ia berlaku. Biar kita mati dalam kebaikan daripada keburukan,” katanya.

Ujar Zuraida lagi, jika dibandingkan antara dirinya dengan Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ternyata beliau mempunyai  rekod yang lebih menyerlah.

Dakwa beliau, Saifuddin tidak berani bertanding sebab ketiadaan pengikut malah dipilih menjadi Setiausaha Agung PKR atas belas kasihan sedangkan hakikatnya beliau hanya layak menjadi ahli sukan atau pegawai khas jawatan semasa yang disandang dalam parti.

Menurut Zuraida lagi, Saifuddin menang di Parlimen sekadar bernasib baik malah bersifat tamak mahu dua kerusi di Parlimen Kulim Bandar Baru dan Dun Pulau Jerjak dan mendakwa beliau mahu dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinag jika kalah kerusi Parlimen. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button