Politik

Azlan Man pecut kempen santuni lima warga emas di Bintong Selatan

MENTERI Besar, Datuk Seri Azlan Man membuat pecutan terakhir dengan menyantuni lima warga emas yang terlantar di Cawangan UMNO Bintong Selatan, petang ini.

Penyandang kerusi Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong ini menemui para pengundi sekaligus berakhirnya program “walkabout” Ziarah Kasih sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Jalan Tok Pungah, Kampung Jarak, Bintong, dekat Kangar.

Beliau menghabiskan masa antara 10 hingga 15 minit bagi menyantuni warga emas yang akan keluar untuk membuang undi esok dengan bantuan anak masing-masing.

Azlan menggunakan peluang ini untuk memberi peringatan mesra supaya teruskan memilih parti BN yang sekian lama menjadi pilihan mereka.

Beliau melawat warga emas pertama, Baharom Mohamad, seorang pesara guru yang bersemangat untuk keluar mengundi esok.

Dalam pertemuan ini, Azlan sempat menitipkan pesanan supaya pesara ini yang merupakan penyokong kuat BN kekal memberikan undi untuk parti ini.

Sementara itu, seorang pesakit terlantar yang ditemui Azlan iaitu Latifah Awang juga diminta tidak lupa lambang kati (dacing) semasa membuang undi esok.

Begitu juga dengan seorang warga emas Rahmad Punggah, 88 yang juga terlantar tetapi masih berupaya untuk keluar mengundi esok.

Dalam pertemuan ini, Azlan yang mengambil kesempatan bertanya khabar selain mengingatkan warga emas ini dapat membuang undi untuk memilih BN.

Kasa Ahmad, 82 juga bersemangat untuk mengundi di mana akan dibawa ke pusat pengundian oleh anaknya nanti.

Azlan meminta warga emas ini supaya membuat pilihan tepat iaitu pastikan memangkah lambang kati (dacing).

Sekali lagi beliau mengulangi permintaan sama terhadap Ismail Din, 64, warga emas terakhir yang dilawati ini supaya memastikan calon BN kekal di DUN Bintong pada PRU15. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button