Parlimen

Azhar bimbang Anthony diserang sakit jantung

YANG di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun terpaksa menenangkan Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke kerana khuatir anggota Parlimen DAP itu diserang sakit jantung ketika sesi Dewan Rakyat berlangsung.

Ketika itu Anthony kelihatan emosi dan bersuara dengan lantang semasa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong membentangkan jawapan ke atas Perbahasan Belanjawan 2021 Di Peringkat Dasar.

“Tolong Yang Berhormat, Yang Berhormat Seremban bawa bertenang, bawa bertenang nanti heart attack nanti. Yang berhormat menteri silakan,” kata Azhar.

Sebelum itu Azizan menegur telah Anthony yang dilihat memotong pembentangan yang dilakukan oleh Ka Siong berkaitan soalan-soalan yang ditanya oleh ahli Parlimen mengenai Belanjawan 2021.

“Yang Berhormat Seremban telah membangkitkan beberapa isu, kita benarkan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab ya. Itu cara kita berbahas,” kata Azhar meminta Anthony bertenang.

Pada waktu itu Ka Siong menjawab isu berkaitan syarikat perindung Opus Consultants yang terlibat dalam projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT 2).

“YB Berhormat Seremban, kalau Opus Consultant itu tidak formal kenapa YB mencadangkan kepada Kementerian Kewangan pada masa itu untuk mempertimbangkan Opus Consultant sebagai perunding penyemak bebas.

“Surat niat telahpun dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada masa itu kepada Opus Cunsultant. Cuma sebelum surat setuju terima sempat dikeluarkan kerajaan PH telah runtuh. Ini hakikat,” kata Ka Siong.

Ka Siong berkata, ketika sesi perbahasan Anthony telah mengemukakan beberapa pertuduhan yang tidak berasas terhadap syarikat tersebut.

Menurut Ka Siong, Kementerian Pengangkutan turut mengemukakan pandangan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bertarikh 1 September 2020 yang mengesahkan perolehan projek KVFT 2 zaman Perikatan Nasional tidak dilaksanakan prosedur perolehan kerajaan semasa.

“Itu satu lagi tipu. Itu satu lagi fakta yang mengelirukan. Yang Berhormat Tipu. Apa yang tidak mengikut prosedur. Kita bawa ke dalam Kabinet juga.

“Yang Berhormat mengelirukan dewan. Siapa yang buat projek in,” kata Anthony.

Kemudian Ka Siong membalas,”Tak Sabar dia nak mendengar fakta ini.”

“Bukan saya tidak sabar tetapi yang berhormat tipu. Yang Berhormat mengelirukan dewan,” balas Anthorny.

Pertikaman lidah antara Anthony dan Ka Siong yang berlanjutan menyebabkan Azhar terpaksa menenangkan Ahli Parlimen Seremban itu.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button