Sukan

Azeem, Shareen pastikan impian ke Olimpik terus hidup

DUA atlet olahraga negara, Azeem Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy memastikan impian mereka Olimpik Paris terus hidup apabila layak ke peringkat akhir acara masing-masing di Terbuka Kazakhstan, yang dijadualkan berlangsung malam ini.

Memetik BERNAMA, Azeem memenangi saringan ketiga acara 100m lelaki dengan catatan masa 10.61s, mengatasi pelari pecut Turki Ertan Okzan (10.72s) dan Vitaliy Zems dari Kazakhstan (10.84s).

Azeem, yang memegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan masa 10.09s, yang dicatatnya pada Kejohanan Olahraga Jemputan LSU di Los Angeles pada 27 April, perlu menyamai markah kelayakan 100m Paris iaitu 10s.

Shereen mara ke final acara 400m wanita selepas memenangi saringan pertama dengan masa 54.16s, dengan mudah menewaskan pencabarnya dari Kazakhstan.

Shereen, pemegang rekod 400m wanita negara pada 51.79s, yang dicatatnya di AS pada 1 Jun, perlu mencatat sekurang-kurangnya 50.95s untuk layak ke Sukan Olimpik.

Related Articles

Persekutuan Olahraga Malaysia berkata, Azeem dan Shereen berada dalam senarai untuk satu slot wildcard untuk mewakili Malaysia di Paris jika mereka tidak layak secara merit. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button