Nasional

‘Ayam sabung’ kerajaan dulu harus rendah diri, buang kelaku lama

KOMENTAR

BARU-BARU ini ada seorang pemimpin dari parti kerajaan dulu sudah boleh meluahkan ungkapan `anak h*r*m’.

Peliknya waktu semasa dalam kerajaan, boleh pula kawal kelakunya.

Begitu juga ada seorang lagi bekas dari kerajaan, dia bukan sahaja berubah 360 darjah, tapi terus `menggila’ dengan `hentakan’ di media sosialnya.

Apabila Mufti Perlis Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengecam seorang pesalah yang menghina polis sebagai ‘you all are idiots’’, dia `menangguk di air keruh’ pula mengatakan mufti tersebut bakar api perkauman.

Dia yang cuba `bakar api perkauman’ atau Mohd Asri? Ya, wajarkah ‘negara simpan rakyat sebegini’ – yang analoginya sudah tentu mufti tersebut mahu pihak berkuasa jangan bagi muka kepada wanita terbabit.

Beberapa hari lepas, Nursahira Mohd Mizuar, 20, dari Alor Setar didenda RM10,000 dan penjara tiga bulan kerana memuat naik status di media sosial miliknya menghina polis yang melakukan pemantauan Ops COVID-19.

Jadi, isu dan insidennya sama. Wanita berusia 30-an yang dibidas oleh Mohd Asri itu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pihak berkuasa yang menjalankan sekatan jalan raya (SJR) Ops COVID-19 di Jalan Persiaran Surian, Damansara.

Bezanya – Nursahira di media sosial dan wanita terbabit di kawasan awam.

Sepatutnya bekas dari kerajaan itu support-lah Mohd. Asri. Jangan laga-lagakan mufti ini dengan orang bukan Islam.

Macam yang SUARA MERDEKA sebutkan di perenggan pertama komentar inilah. Bila bukan lagi menjadi pemimpin kerajaan, kelaku anda pun ‘wal hasil balik asal’.

“Saya pi Munis (sebutan sebenar Munich) jumpa Menteri-menteri NATO…balik dari Munis…”Anak H*r*m J*d*h Betoi”,” itu antara sedutan dari pemimpin terbabit yang dilaporkan meluas di media-media sosial.

Tidak banyak yang boleh SUARA MERDEKA petik mengenai keperibadian Mohd Asri.

Tetapi setahu umat Islam di negara ini, beliau gemar berterus-terang. Hitam hitam, putih putihlah ia. Suatu ketika pemimpin kerajaan yang silih berganti pun habis `dibedalnya’ dengan landasan fakta dan hukum.

Pernah pada 16 Ogos tahun lalu, mufti Perlis itu menasihatkan penganjur One Centre Malaysia, sebuah NGO dakwah Perlis mengecualikan Dr. Zakir Naik daripada program Malaysia Reverts Camp 2019 di Perlis yang bermula ketika itu.

Nasihat itu dibuat dengan mengambil kira “maslahat” Dr. Zakir dan keluarga penceramah kelahiran India itu.

Siapa Dr. Zakir ”Dia ini amat tidak disenangi banyak pihak sehingga ada yang mendesak beliau dihantar balik ke negara asalnya – yang sesiapa pun tahu risiko yang bakal dihadapi pendakwah tersebut.

Tetapi adakah Mohd. Asri double standard? Cara beliau mengendalikan isu Dr. Zakir itu begitu halus dan disenangi ramai.

Lagi, pada 25 September 2017, Mohd Asri membidas tindakan sebuah kedai dobi di Johor melarang orang bukan Islam daripada mencuci pakaian mereka.

Katanya, ia sebahagian daripada pandangan sempit yang tiada kaitan dengan Islam, mengulas kontroversi sebuah kedai dobi layan diri di Muar yang melaksanakan dasar “mesra Muslim”.

Jadi, adakah Mohd Asri seorang yang suka membakar api perkauman?

Barangkali, kepada sesiapa yang masih suka menghentam orang di Facebook, Twitter, Intagram atau aplikasi media sosial lain antaranya paling popular WhatsApp, SUARA MERDEKA petik semula nasihat Mohd Asri yang pernah diungkapnya dalam hantaran di Facebook miliknya sebelum ini.

Kata Mufti Perlis itu, sekiranya sifat sombong wujud dalam diri seseorang itu tanpa mengira orang biasa, bangsawan atau pemimpin, maka mereka juga bakal menerima nasib yang sama seperti iblis.

“Iblis itu sombong kerana merasakan taraf dirinya jauh lebih tinggi dibandingkan pihak lain. Itu sifat iblis yang berbangga dengan keturunan dan memandang rendah kepada keturunan orang lain.

“Sifat Iblis itu jika ada dalam diri mana-mana individu biasa, bangsawan atau pemimpin maka dia akan menerima nasib seperti Iblis iaitu dilaknat sepanjang masa,” kata beliau.

Orang Melayu, kata Mohd Asri, terkenal dengan sifat merendah diri dan kesombongan merupakan “pakaian iblis serta firaun.”

“Orang Melayu itu terkenal dengan merendah diri, apatah lagi seorang muslim. Kesombongan boleh membawa kepada kekufuran.

“Justeru firaun dan segala kesombongannya berakhir dengan kelemasan di lautan.

“Demikianlah firaun-firaun kecil akan berakhir dengan tragis,” jelas beliau. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button