Luar Negara

COVID-19: Kerajaan Indonesia benarkan penduduknya ‘mudik’ di Aidilfitri

KEPUTUSAN Kerajaan Indonesia untuk membenarkan rakyatnya ‘mudik’ atau pulang berhari raya di kampung pada Aidilfitri nanti merupakan satu keputusan yang berisiko tinggi.

Keputusan itu perlu ditimbang semula kerana wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah menyebabkan angka kematian akibat coronavirus menjadi berpuluh ribu sehari.

Menteri Hal Ehwal Maritim Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan berkata, kerajaan mengambil keputusan demikian atas faktor ekonomi biarpun menyedari keputusan itu mendapat tentangan daripada kalangan masyarakat di negara republik tersebut.

“Pertimbangan kami ialah untuk mengelakkan ekonomi daripada terhenti sepenuhnya.

“Selepas kami mengambil kira segala-galanya, tidak melakukan kawalan pergerakan ialah pilihan terbaik dalam banyak-banyak pilihan yang ada,” kata Luhut dalam satu sidang akhbar sedara maya dari Istana Presiden, semalam.

Menurut laporan berita ASTRO Awani, Luhut mendakwa, saranan tidak mengawal pergerakan dan membenarkan rakyatnya ‘mudik’ telah dipersetujui oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).

Berita itu dilaporkan oleh Jakarta Post.

 

Berdasarkan semua pertimbangan, Luhut memberitahu, pihaknya telah menasihati Presiden dan beliau bersetuju bahawa jika dihalang perjalanan besar-besaran balik ke kampung, ia akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah.

Luhut yang juga memangku jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berkata, keputusan dibuat berdasarkan persetujuan kerajaan bahawa cuaca panas dan lembap di negara itu akan merencatkan penularan jangkitan virus.

“Kalau kita halang pun, mereka tetap akan mudik juga (pulang ke kampung di hari raya).

“Jadi, kami membuat keputusan untuk menasihati mereka dengan bermudik itu, akan membawa penyakit kepada keluarga.

“Makanya, adalah lebih baik jka mereka tidak melakukannya atau membatalkan sahaja hasrat atau rancangan untuk mudik,” katanya lagi.

Untuk rekod, setiap tahun, puluhan juta penduduk di Indonesia yang majoritinya beragama Islam, pulang ke kampung halaman di Hari Raya Aidilfitri.

Hampir 90 peratus warga Indonesia ialah penduduk beragama Islam yang bakal menyambut bulan puasa dan Hari Raya, sebulan kemudian.

Sambutan biasanya diraikan dengan kepulangan secara besar-besaran ke kampung halaman bagi bertemu kaum keluarga dan sanak saudara.

Ramadan tahun ini jatuh pada hujung April ini dan Aidilfitri bakal disambut pada Mei. – SM

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button