Nasional

AUKU: Akan bincang dengan kepimpinan Armada baharu – Ahmad Fayhsal

BAGI menyelesaikan isu berkaitan pemansuhan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971, perkara itu akan dibawa kepada kepimpinan Armada Bersatu.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ujarnya, beliau memahami keperluan mahasiwa membawa idea yang lebih luas dan kreatif terutama bekaitan dengan aktiviti dan kepimpinan.

Ia termasuklah memberi ruang kepada belia di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) menyertai arena politik peringkat nasional.

“Untuk persoalan AUKU, saya akan berbincang lanjut dengan barisan kepimpinan Armada yang baru kelak.

BACA > Lambang penghargaan buat warga KKM – Tan Sri Dr. Noor Hisham – Suara Merdeka

“Secara dasar saya bersetuju anak muda perlu diberi ruang yang luas untuk terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam politik tanah air.

“Dalam apa jua bentuk dan peranan khususnya sebagai pengundi yang bijak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.”

Demikian jawapan yang dinyatakan beliau dalam Dewan Rakyat menjawab soalan yang diajukan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Terdahulu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq membangkitkan isu pemansuhan AUKU.

Beliau menyatakan rasa hairan apabila pemansuahn AUKU tidak mendapat sokongan daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen daripada Pas sebaliknya menyokong pemansuhan atau pindaan AUKU.

“Pelik bin ajaib. Menteri Pendidikan Tinggi kata AUKU tidak akan dimansuhkan.

BACA > Pavithra perlu tulis surat rasmi tidak teruskan pendakwaan Sugu – Suara Merdeka

“Ahli Parlimen PAS kata akan sokong pemansuhan/pindaan AUKU.

“Which one? Saya merayu, tolong hapuskan AUKU.

“Cukup cukup lah ugut mahasiswa dengan tindakan bawah AUKU kerana kritikan mereka,” ciapnya dalam Twitter hari ini.

Terdahulu, AUKU kali terakhir dipinda pada Disember 2018 yang membolehkah mahasiswa aktif berpolitik.

Ia diluluskan selepas bacaan kali ketiga dilakukan oleh bekas Menteri Pendidikan Dr. Mazle Malik yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam.

Pindaan tersebut membabitkan pemansuhan Seksyen 15(2)(c) yang menghalang mahasiswa terlibat dalam kegiatan politik.

BACA > Isu ‘guna jawatan’ Armada kena ‘boo’? – Suara Merdeka

Pemansuhan tersebut dikatakan memberi lebih banyak ruang dan kebebasan dalam bersuara serta berpolitik. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button