Sukan

Atlet negara ke temasya Sukan Komanwel Ke-22: Banggakan Keluarga Malaysia

KELUARGA Malaysia meletakkan harapan tinggi kepada para atlet negara yang bakal bertanding di temasya Sukan Komanwel di Birmingham, England pada 28 Julai hingga 8 Ogos nanti.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berharap agar kita dapat mencapai sasaran bilangan pingat yang diletakkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (OCM) di temasya sukan itu nanti.

“Saya percaya, barisan atlet negara mampu meraih kejayaan kerana memiliki semangat juang yang jitu, berbekalkan latihan mencukupi dengan menggunakan peralatan sukan yang sesuai dan terkini.

“Saya menaruh keyakinan yang amat tinggi bahawa sasaran pingat negara dapat boleh dicapai menandingi bilangan tujuh emas yang pernah dimenangi oleh jaguh-jaguh kita semasa Sukan Komanwel 2018 Gold Coast, Australia,” kata Ismail Sabri ketika hadir pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel Ke-22, hari ini.

Pesanan Perdana Menteri, atlet negara ke Birmingham harus membuktikan keupayaan dan berjuang habis-habisan bagi menterjemahkan kejayaan yang bakal menjadi kebanggaan diri dan Keluarga Malaysia.

“Kalah menang sebenarnya adat pertandingan tetapi tunjukkanlah kepada dunia semangat perjuangan anak-anak Malaysia. Semangat Harimau Malaya yang sebenar-benarnya,” kata Ismail Sabri.

Beliau berkata, jadikanlah sukan sebagai jambatan dan instrumen untuk bersatu-padu serta semarakkan nilai-nilai untuk menjadikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang aman dan damai. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button