KebakaranNasional

Asrama terbakar: 103 pelajar terselamat

SERAMAI 103 pelajar dan warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tongod, Kinabatangan terselamat dalam kebakaran membabitkan asrama lelaki sekolah itu, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi apabila bilik suis tingkat satu dan dua serta katil dan tilam simpanan di asrama terbabit hangus terbakar.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin, mereka menerima panggilan kecemasan pada 11.35 pagi lalu sebelum tujuh anggota dikejarkan ke lokasi sejauh 50 kilometer itu.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Operasi pemadaman ditamatkan pada 3.16 petang,” katanya menurut Harian Metro.Ads by

Katanya, kejadian berlaku ketika pelajar terbabit berada di asrama dan mereka segera melarikan diri ke tempat selamat sejurus kebakaran sebelum ditempatkan di surau sekolah terbabit.

Difahamkan, barangan pelajar tidak terjejas namun asrama belum dapat digunakan kerana faktor keselamatan dan tiada bekalan elektrik. – FMT – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button