Nasional

ASEAN sebagai saudara serumpun perlu dikekalkan – Johari

YANG di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul telah mengadakan pertemuan bersama Tuan Yang Terutama Joko Widodo, Presiden Republik Indonesia dan Puan Yang Terutama Maharani Nakshatra Kusyala Devi, Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia.

Beliau menzahirkan rasa optimis beliau terhadap kebangkitan ASEAN menjadi sebuah blok yang ampuh menentang pelbagai cabaran dan pergolakan.

Menurut beliau, Asean kini tampil sebagai ekonomi ketiga terbesar di Asia dan kelima terbesar di dunia melalui kekuatan lebih 600 juta penduduk dan pertumbuhan ekonomi yang semakin kukuh.

Dalam pertemuan tersebut, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mengetengahkan kepentingan penyuburan identiti warga ASEAN walaupun demografi penduduknya semakin menikmati kemajuan dan pembangunan.

“Identiti warga ASEAN sebagai saudara serumpun harus dikekalkan dan dikenali bukan terbatas kepada warga ASEAN sahaja, bahkan oleh komuniti.

“Justeru, untuk memelihara jati diri watan, kemakmuran dan kestabilan rantau ASEAN, kebersamaan dan keakraban yang terjalin selama 56 tahun ini harus dibaja untuk memastikan intergrasi peranan ASEAN dalam aspek ekonomi dan keselamatan dapat dijulang ke peringkat yang lebih tinggi,” beliau berkata.

Turut hadir dalam pertemuan bersama Presiden Indonesia dan Ketua Perwakilan Rakyat Republik Indonesia itu adalah Tuan Yang Terutama Vuong Dinh Hue, Pengerusi Dewan Rakyat Republik Sosialis Vietnam, Tuan Yang Terutama Dr Sonexay Siphandone, Presiden Dewan Rakyat Republik Demokratik Rakyat Laos dan Tuan Yang Terutama Wan Muhamad Noor Matha, Speaker Dewan Rakyat Kerajaan Thailand. -SM

Baca : PM adakan pertemuan dengan 24 syarikat pengendali P-Hailing

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button