Nasional

Asean Madani menguntungkan negara serantau

MALAYSIA Madani satu konsep yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memimpin Kerajaan Perpaduan hari ini bukan bersifat global semata-mata.

Sebaliknya ia boleh dipacu dan diperluaskan lagi sehingga ke peringkat Asean kerana kebaikan yang dibawa menerusi konsep Malaysia Madani ini memberi banyak manfaat kepada rakyat dan negara serantau.

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, tidak mustahil Asean Madani direalisasikan di negara serantau yang mempunyai kependudukan lebih 660 juta.

Salah satu tonggak Malaysia Madani iaitu kreativiti

Menurut beliau, Asean Madani secara kolektifnya boleh memacu pertumbuhan ekonomi negara serantau.

Menerusi Asean Madani juga, kata Fahmi, hubungan dua hala Malaysia dengan negara-negara Asean dapat diperkukuhkan lagi walaupun sudah sedia terjalin hubungan baik dengan negara-negara Asean.

Dalam konsep Asean Madani jugalah dapat diperkukuhkan hubungan bilateral antara Malaysia dengan negara-negara Asean selain daripada melaksanakan hubungan yang strategik demi perkembangan dan pertubuhan ekonomi masing-masing.

“Malaysia mungkin tidak boleh bergerak ke hadapan secara bersendirian tetapi jika kita bekerjasama dan melihat kekuatan negara kita, kita boleh memacu pertumbuhan di negara masing-masing secara kolektif dalam rangka kerja Asean,” kata Fahmi semasa sesi rakaman program ‘Ruang Bicara’ di Bernama TV, baru-baru ini.

Dalam menjalin hubungan baik sesame negara jiran dan serantau, Malaysia menurut hemat Fahmi, perlu berhadapan secara bijak cabaran yang besar kerana setiap negara Asean ini, ada perbezaannya.

Secara spesifik, melalui konsep Malaysia Madani, pihak kementerian diketuai oleh Fahmi sendiri Sementara itu, dalam menghadapi cabaran ekonomi digital, perlu ada rundingan di antara KKD dengan Singapura.

Fahmi bertemu dengan rakan sejawatannya dari seberang tambak Johor, Josephine Teo dan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama (JCM) Keenam mengenai Penerangan dan Komunikasi.

Untuk rekod, Malaysia Madani menjadi konsep baharu yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada 19 Januari lalu.
Di bawah Malaysia Madani, terdapat enam tonggak dasar meliputi kemampanan; kesejahteraan; kreativiti; hormat; keyakinan dan budi bahasa. – SM

Baca juga : Minggu perpaduan negara sebar semangat kebersamaan, PM

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button