Luar Negara

AS tidak dapat capai sasaran 100 juta penduduk divaksin menjelang akhir 2020

DI samping catatan lebih tiga juga penduduk yang dijangkiti wabak Koronavirus (Covid-19), Amerika Syarikat (AS) dilihat mahu kehadapan dalam memastikan rakyatnya mendapatkan vaksin.

Lebih sejuta orang rakyat negara itu mendapat dos petama suntikan vaksin Covid-19 seperti dilaporkan pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Robert Redfield.

Namun jumlah tersebut adalah kurang satu peratus berbanding populasi penduduk negara itu iaitu sebanyak 331 juta orang.

Bagaimanapun, sejuta pertama itu menyaksikan sebanyak 33 peratus daripada jumlah kes jangkitan yang dicatatkan menerima vaksin dos pertama tersebut.

“Amerika Syarikat merekodkan pencapaian awal penting apabila lebih sejuta orang dilaporkan sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 sejak dimulakan 10 hari lalu.”

Kata Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Robert Redfield seperti dipetik laporan portal Free Malaysia Today hari ini.

Sementara itu, Ketua Operation Warp Speed kerajaan, Moncef Slaoui berkata, objektif mengimunisasi 20 juta orang bulan ini bagaimanapun mustahil untuk dicapai.

Walau bagaimanapun, katanya AS masih berusaha mengimunisasi 100 juta orang menjelang hujung suku pertama 2021, dan 100 juta lagi pada akhir suku kedua.

Justeri, pada minggu lalu, sebanyak tiga juta dos diedarkan di sekitar AS, dengan vaksin pertama diluluskan, keluaran Pfizer dan BioNTech, diberikan pada 14 Dis.

Pada minggu ini pula, pihak berkuasa sasar pengedaran enam juta dos vaksin keluaran Moderna, selain dua juta lagi keluaran Pfizer.

AS adalah negara paling teruk terjejas akibat Covid-19 di dunia tambahan pula musim sejuk yang ekstrem menjadikan jumlah jangkitan terkini negara itu adalah sebanyak 3,033,025 orang.

Sementara 320,000 orang dilaporkan maut akibat virus berkenaan, yang dipercayai akan direkodkan sebagai punca utama kematian pada 2020 selepas penyakit jantung dan kanser.

Penduduk rumah jagaan jangka panjang dan pekerja kesihatan diberi keutamaan, manakala fasa kedua menyasarkan golongan berusia 75 ke atas serta pekerja kritikal. – Agensi

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button