Luar Negara

AS dijangka dilanda kemelesetan ekonomi Februari

SECARA rasminya, Amerika Syarikat (AS) dijangka dilanda kemelesetan ekonomi pada Februari pada ketika negara itu mulai merasakan kesan daripada langkah pencegahan yang diambil ekoran penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Sputnik.

Menurut Biro Penyelidikan Ekonomi Kebangsaan pada Februari kemelesetan mula melanda, menandakan berakhirnya pengembangan ekonomi AS yang bermula sejak Jun 2009.

Biro itu turut memaklumkan, pertumbuhan ekonomi AS berlangsung selama 128 bulan, tempoh terpanjang dalam sejarah kitaran perniagaan di negara berkenaan sejak tahun 1854.

Terdahulu, semalam, Bank Dunia memaklumkan, ekonomi dunia diramal menyusut 5.2 peratus tahun ini (2020), kemelesetan terburuk sejak Perang Dunia II.

Laporan itu turut mengatakan, ekonomi AS pula dijangka menurun 6.1 peratus pada 2020, di bawah 7.9 mata peratusan berbanding ramalan sebelum ini, tambah laporan itu. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button