EkonomiLuar Negara

AS – China henti perang dagang, berita baik buat ekonomi dunia

AMERIKA Syarikat (AS) dan China akhirnya bersetuju untuk menghentikan perang ekonomi apabila kedua-dua negara itu menandatangani satu perjanjian.

Persetujuan tersebut dilaporkan bakal memberi nafas lega kepada ekonomi global yang terkesan akibat sengketa antara dua negara berkenaan.

Bagaimanapun, cukai beratus bilion Dollar AS itu masih lagi dikenakan dan dilaporkan berkuatkuasa sehingga pemilihan Presiden pada November nanti.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin berkata, tandatangan persetujuan tersebut merupaka sebahagian daripada janji Trump untuk negaranya.

“Beliau menunaikan semua janjinya untuk memastikan ekonomi AS kembali menjadi hebat seperti dahulu.

“Saya rasa, fasa pertama ini berada dalam landasan yang tepat dan dipacu dengan betul,” katanya sebelum menyaksikan perjanjian itu ditangani.

Intipati rundingan

Bagaimanapun, memetik laporan portal Channel News Asia (CNA), Mnuchin menambah, fasa kedua akan menjadi sukar kerana melibatkan rundingan, bantuan kepada industri tempatan dan paksaan pertukaran teknologi.

Dalam pada itu, pakar ekonomi, Mary Lovely dalam analisisnya memberitahu, inisiatif tersebut merupakan berita gembira untuk AS dan juga ekonomi sejagat.

“Fasa pertama perjanjian AS – China adalah gencatan perang perdagangan dengan pelaburan secara terus sebagai syarat yang perlu ditunaikan,” jelasnya.

Menerusi portal CNA lagi, Kerajaan China dilaporkan bersetuju untuk mengimport barangan dari AS untuk dua tahun bernilai 200 bilion dollar AS.

Selain itu Beijing juga dilaporkan bersetuju untuk membeli produk pertanian AS bernilai 40 hingga 50 bilion Dollar As. – Agensi

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button