Luar Negara

AS bakal kecualikan tarif panel solar dari negara Asia Tenggara

PRESIDEN Amerika Syarikat Joe Biden pada Isnin (6 Jun) mengisytiharkan tidak akan mengenakan tarif selama 24 bulan untuk panel solar dari empat negara Asia Tenggara termasuk Malaysia dalam satu kenyataan selepas siasatan pembekuan import dan projek terhenti di Amerika Syarikat, menurut laporan Reuters memetik dari sumber yang sahih tentang perkara itu.

Langkah itu dibuat di tengah-tengah kebimbangan mengenai kesan penyiasatan selama berbulan-bulan Jabatan Perdagangan terhadap sama ada import panel solar dari Malaysia, Kemboja, Thailand dan Vietnam yang kini merekodkan kira-kira 80 peratus daripada import panel tahunan ke Amerika Syarikat yang sedang mengelak tarif ke atas barangan buatan China.

Baca artikel ini juga > Pasang solar di rumah dengan Pembiayaan Affin Bank – Gading Kencana

Sila klik pada iklan untuk keterangan lanjut.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button