Arwah Nabil meninggal kerana ‘Overworked’- Adik Nabil
KEHILANGAN penyanyi Nabil Zamanhuri menyifatkan kejutan buat Industri tanah air walaupun sudah lama tidak ke depan namun ia banyak bekerja di belakang takbir.
Menurut adik allahyarham, Madina arwah abangnya itu seorang rajin yang bekerja dan mencari rezeki walaupun di hari cuti.
Dia juga percaya abangnya tidak mendapat rehat dan tidur secukupnya kerana terlalu komited dengan kerja.
‘’Dia kuat sangat bekerja. Dia terpaksa bekerja setiap hari, walaupun pada hujung minggu. Kalau ada penggambaran selalu habis pukul 2 atau 3 pagi. Saya bukan ada maksudkan apa-apa, tapi itu saja.
‘’Kami semua prihatin tetapi sudah tentu siapa yang boleh menghalang seorang lelaki yang rajin mahu mencari rezeki untuk keluarganya bukan? Tapi apa terjadi tetap akan terjadi.
‘’Bayangkan masa cuti pun kena buat kerja dan tak cukup tidur setiap hari. Malaysia, buat lebih baik. Work life balance sangatlah penting ya.
Tambahnya lagi, arwah abangnya itu banyak mengajarnya dalam permainan video serta berkongsi mengenai filem sci–fi malahan pemergiannya sangat meninggalkan kesan buat dirinya.
Bekas naib juara mentor musim pertama itu meninggal dunia di kediamannya di Bukit Indah Ampang akibat serangan jantung.
Allahyarham sebelum ini pernah bekerja di media prima dan kini berkhidmat di Astro.
Artikle Berkaitan :>