Artis Korea Baekhyun teruk dibelasah beramai-ramai
BAEKHYUN penyanyi kumpula EXO teruk dibelasah sebaik sahaja dia memasuki arena pertempuran untuk memulakan permainan dalam talian PUBG.
Di dalam permaian PUBG semua pemain perlu menunggu untuk menaiki penerbangan sebelum terjun ke lokasi pertempuran.
Ketika Baekhyun menunggu giliran orang ramai menyedarinya dan mula membelasah pemain itu.
Tindakan berkerumun membelasah seorang pemain memang tidak pernah berlaku di dalam permainan PUBG.
Bagaimanapun pada peminat permainan berkenaan menganggap ia sebagai sesuatu yang comel dan kelakar kerana sebelum peperangan bermula nyawa pemain tidak akan berkurangan.
Mungkin itu caranya para peminat Baekhyun menunjukkan penghargaan dan minat terhadap penyanyi korea itu. Video pendek itu telah dikongsi di dalam twitter.
Lebih kelakar apabila seorang lagi anggota kumpulan EXO turut masuk campur dan membelasah Baekhyun.
Sejak hampir seluruh dunia mengenakan perintah berkurung atau setidak-tidaknya penjarakkan bagi mengelak penularan wabak COVID-19, ramai yang memilih bermain permainan dalam talian. Antara yang popular adalah PUBG.
Menurut Kprofiles.com Baekhyun dilahirkan di Bucheon, Provinsi Gyeonggi, Korea Selatan terkenal dengan panggilan yang popular “Bacon”.
https://twitter.com/i/status/1250931691868192768
Baekhyun salah seorang penyanyi kumpula EXO yang menjadi fenomena kerana diminati di seluruh dunia.
Selain menyanyi beliau juga pernah berlakon dalam drama Korea “Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo” (2016) dan melancarkan jenama fesyennya sendiri, “Privé by BBH”, pada 1 Julai 2018.
Pada 10 Julai 2019 ia memulai debutnya sebagai artis solo, dengan lagu “UN Village”. – SM