Arteta positif corvid-19, EPL mungkin digantung
KELAB-KELAB dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bersedia untuk menangguhkan semua perlawanan musim ini ekoran Pengurus Arsenal, Mikel Arteta positif coronavirus semalam.
Malah perlawananGunner dengan Brighton esok telah ditangguhkan.
Arsenal mengesahkan skuad utama mereka dan jurulatih kini akan melakukan pengasingan diri mereka dan mereka tidak dapat bermain beberapa perlawanan yang dijadualkan.
Sementara itu, pengurusan EPL akan mengadakan mesyuarat tergempar dengan semua kelab hari ini berhubung kedudukan perlawanan musim ini.
Eksekutif sebuah kelab memberitahu Guardian, mereka jangka baki perlawanan musim ini akan ditangguhkan selama beberapa minggu ekoran apa yang berlaku pada Arteta, dan tidak menolak keseluruhan musim mungkin dibatalkan.
Semalam turut dilaporkan pertahanan Manchester City, Benjamin Mendy telah mengkuarantinkan diri sendiri selepas salah seorang ahli keluarganya demam, dan tiga pemain Leicester juga telah menjalani pemeriksaan uCorvid-19 selepas mengalami tanda-tanda berkaitan wabak itu.
Pada masa ini hanya EPL menjadi satu-satunya liga di Eropah yang belum menghentikan atau mengadakan perlawanan secara tertutup ekoran coronavirus.
Liga utama di Sepanyol, Itali, Portugal, Belanda, Ireland dan Amerika Syarikat telah digantung ekoran wabak itu, sementara Buldesliga, Jerman dan Liga 1 Perancis perlawanan berlangsung secara tertutup tanpa penonton. – GAURDIAN