Politik

Armada Bersatu sokong penuh formula ‘Top 5’ Muhyiddin

Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyokong sepenuhnya seruan penyatuan oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, formula ‘Top 5’ yang diilhamkan oleh Tan Sri Muhyiddin mampu mewujudkan keharmonian dan kesepaduan dalam kalangan pimpinan dan ahli akar umbi parti dalam mendepani cabaran politik semasa.

“Ini merupakan suatu formula terbaik demi kestabilan parti dan mengukuhkan lagi kedudukan Perikatan Nasional (PN) yang semakin mendapat tempat dan sokongan di hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama,” katanya satu kenyataan, semalam

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button