Hiburan

Aris Ariwatan, Presiden 3pM sokong kenyataan Datuk Jamal Abdillah

Sudah tiba masanya stesyen penyiaran lakukan transformasi

PRESIDEN Persatuan 3pM, Aris Ariwatan menyatakan pendiriannya menyokong kenyataan yang dibuat oleh Raja Pop tanah air, Datuk Jamal Abdillah berhubung isu artis yang dipanggil untuk menyertai pertandingan anjuran stesen televisyen sepatutnya diberi bayaran.

Aris bercakap kepada wartawan SUARA MERDEKA hari ini  berkata, sudah tiba masanya media penyiaran khususnya stesen televisyen melakukan transformasi yang lebih professional sejajar dengan media massa telahpun matang.

Menurut Aris lagi, sudah tiba masanya juga media massa khususnya media penyiaran bersikap lebih professional kerana transformasi analog digital media sosial bergerak begitu pantas.

Dan sepatutnya, kata Aris, mereka (stesyen-stesyen penyiaran) melakukan transformasi yang maksudnya di sini, perniagaan atau show business yang mereka lakukan itu adalah berbentuk dua hala atau benefit to both party iaitu produk content dan broadcast.

“Cukuplah impak digital ini memberi kesan yang amat besar skalanya kepada perniagaan, kepada broadcasting TV Malaysia.

“Pada pendapat saya, berhentilah mementingkan diri sendiri dan bersikap lebih terbuka, lebih professional bagi memastikan industri muzik Malaysia itu bergerak lebih efisyen, lebih keterjaminan masa depannya dan lebih terbuka,” kata Aris yang merupakan penyanyi lelaki tanah air selama lebih tiga dekad.

Kata Aris lagi, beliau begitu kesal dengan sikap mana-mana pihak stesyen penyiaran atau broadcast yang masih lagi berada dalam corak perniagaan yang sama, tidak ada langsung perubahan yang lebih adil mahu pun lebih professional terhadap para penyanyi tempatan.

Justeru kata Aris lagi, Persatuan 3pM bukan sahaja menyokong kenyataan Datuk Jamal tetapi beliau juga ingin menyarankan kepada mana-mana media penyiaran atau broadcast station memastikan industri muzik Malaysia ini tidak mati sebab kita telah kehilangan hala tuju hampir dua dekad.

“Kalau dulu Malaysia adalah trans setter dalam industri muzik tetapi sekarang, kita telah menjadi follower dan lebih menambah mudaratnya apabila industri muzik Malaysia terpaksa bersaing dengan produk luar dan produk tempatan, kita punya, tidak dapat dieskport keluar.

“Saya boleh andaikan industri muzik Malaysia kita umpama “ayam-ayam” di lorong-lorong  yang boleh dibayar. Sesiapa sahaja boleh datang ke Malaysia atas sebab ekonomi, kita terima masuk sedangkan duit mengalir keluar begitu banyak sekali.

“Kita masih mendewakan orang luar tetapi kita tidak diterima oleh negara luar. Negara kita, pintunya seolah-olah terlompong,” ujar Aris.

Dalam masa yang sama, beliau turut menggesa kerajaan agar mengawal selia pintu masuk dan jangan terlalu mementingkan ekonomi fizikal tetapi kita perlu memikirkan juga nilai-nilai yang semakin terjejas.

“Sebab muzik bukan sekadar bunyi-bunyian tetapi ia adalah makanan jiwa bagi menentukan generasi mendatang lebih progresif, lebih bijak dan bukan sekadar makan makanan ringan,” kata Aris.

Aris berkata, kenyataan yang beliau zahirkan hari ini adalah untuk generasi mendatang dan beliau tidak memerlukan sensasi.

“Kesimpulannya, saya memberi tempoh lagi lima tahun. Jika industri muzik Malaysia dibiarkan dalam keadaan begini (seperti sekarang), saya yakin sangat Malaysia akan hilang segala-galanya.

“Sebab dulu pada tahun 1997, saya pernah buat press conference dan statement bahawa industri muzik Malaysia pada ketika itu sedang memuncak.

“Jika industri muzik pada tahun 1997 tidak ditangani dengan lebih professional, kita akan jadi seperti Studio Jalan Ampas.

“Pada tahun 2002,  banyak syarikat rakaman terkubur kerana syarikat-syarikat yang terkubur itu mementingkan lagu-lagu hits tanpa mementingkan kualiti album,” kata Aris seraya mengakhiri perbualannya. – SM

BACA “A Night To Remember” konsert gandingan Jamal Abdillah, Zamani

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button