Luar Negara

Arab Saudi gantung penerbangan antarabangsa

RIYADH – Arab Saudi menggantung penerbangan antarabangsa selama dua minggu bermula Ahad untuk membendung penularan wabak novel koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Anadolu.

Tempoh dua minggu itu juga dianggap sebagai cuti umum kepada warganegara yang tidak dapat pulang disebabkan penerbangan digantung atau dikuarantin selepas mereka kembali ke Arab Saudi, memetik sumber Kementerian Dalam Negeri.

Riyadh menggantung penerbangan ke seluruh negara Kesatuan Eropah serta 12 lagi negara di Asia dan Afrika.

Semalam, Arab Saudi melaporkan 24 kes Covid-19 dengan keseluruhan kes sebanyak 86. – Bernama

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button