
Apple Dijangka Menggunakan Cip 2nm Pada iPhone 18 Tahun Depan
Penganalisa popular, Ming-Chi Kuo kini hadir dengan ramalan dan jangkaan baharu, mengatakan Apple akan menggunakan cip dengan binaan 2nm pada iPhone 18 yang dijadualkan pada tahun depan, 2026.
Ia masih tidak diketahui lagi sama ada semua model akan menggunakan cip A20 berasaskan binaan 2nm, atau hanya model Pro sahaja. Apple untuk iPhone 17 yang dijadualkan pada tahun ini dijangka cip dengan binaan berasaskan 3nm. Dengan cip lebih kecil, ia dijangka menawarkan prestasi yang lebih baik, dan pada masa yang sama lebih efisien dalam penggunaan tenaga.
Ia turut menjadi tanda tanya sama ada teknologi binaan 2nm ini akan turut menguasakan cip yang menguasakan MacBook dan iPad pada tahun 2026 kelak, atau sebaliknya.
Reiterating my prediction from six months ago: the 2H26 new iPhones (iPhone 18) will be powered by TSMC’s 2nm chips.
Worth noting, TSMC’s 2nm R&D trial yields reached 60–70% three months ago, and they’re now well above that. https://t.co/ZoWXFqfUnS
— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) March 22, 2025
Sumber : Amanz