Apa yang dibincangkan Syed Saddiq dan Tengku Zafrul?
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Syed Saddiq dalam hantaran ke media sosial berkata, terbukti kerajaan dan pembangkang boleh duduk semeja demi kepentingan negara.
“Siapa kata kerajaan & pembangkang tidak boleh duduk semeja untuk kepentingan negara? Terima kasih @tzafrul_aziz
“Saya cuba nasib mesej YBM Kewangan untuk adakan sesi dialog untuk kongsikan pandangan saya berkenaan belanjawan2021
“Tidak sampai 30minit selepas mesej, terus dapat appointment. Sampai pukul 9.15 malam duduk bincang,” katanya
Bagaimanapun Syed Saddiq tidak berkongsi butiran yang dibincangkan dalam pertemuan itu.
Belanjawan atau bajet akan dibentangkan pada 6 November ini dan kerajaan memerlukan sokongan daripada pihak pembangkang jika mahu ia diluluskan.
Setakat ini beberapa pihak pembangkang menyatakan akan menyokong sebatas meluluskan belanjawan.
Bagaimanapun terdapat juga undi tidak percaya dan setakat ini 22 surat dihantar kepada Yang Dipertua Dewan.
Oleh itu timbul pertikaian samada belanjawan diluluskan dahulu atau usul tidak percaya kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibentangkan dahulu.